Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih 700 syarikat sertai program transformasi niaga gerakan buruh

Lebih banyak syarikat di Singapura sedang mempergiat latihan dan melakarkan strategi-strategi baru untuk merubah perniagaan mereka di tengah-tengah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 700 syarikat sertai program transformasi niaga gerakan buruh

Setiausaha Agung NTUC Chee Hong Tat sewaktu melakukan lawatan ke BELLS Academic Group. (Gambar: Chee Hong Tat/Facebook)

Diterbitkan : 18 Sep 2021 10:21PM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 10:25PM

SINGAPURA: Lebih banyak syarikat di Singapura sedang mempergiat latihan dan melakarkan strategi-strategi baru untuk merubah perniagaan mereka di tengah-tengah COVID-19.

Lagi 100 syarikat, telah membentuk jawatankuasa latihan syarikat, naik daripada 600 pada Februari.

Ia hasil kerjasama dengan gerakan buruh.

Syarikat-syarikat berkenaan juga boleh mengadakan bengkel-bengkel yang disesuaikan untuk memperbaharui perniagaan.

Salah sebuah syarikat itu adalah BELLS Academic Group yang mengendalikan studio baru untuk membuat kek.

Kemudahan baru itu memanfaatkan teknologi lebih canggih untuk mengurangkan kos dan tenaga manusia.

Setakat ini, syarikat tersebut melatih sekitar 1,000 peserta setiap bulan dengan hampir 400 daripada mereka menjadi pembuat kek sepenuh masa.

"Kami tidak hanya menyediakan khidmat perundingan atau penempatan atau perkhidmatan latihan satu persatu, kami sebenarnya melakukannya sebagai pakej. Jadi, kami bekerja dengan syarikat dan pekerja secara bersepadu," kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Chee Hong Tat. 

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan