Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 ikan paus dalam kurungan di laut Rusia bakal dibebaskan

Menteri Sumber Asli Rusia mengumumkan lebih 100 ekor ikan paus yang kini dalam kurungan di kawasan laut di Rusia akan mula dilepaskan dalam musim panas tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 ikan paus dalam kurungan di laut Rusia bakal dibebaskan

Gambar fail seekor paus Beluga. (Gambar: TIMOTHY A. CLARY / AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 05:24PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 05:29PM

TELUK SREDNYANYA: Menteri Sumber Asli Rusia mengumumkan lebih 100 ekor ikan paus yang kini dalam kurungan di kawasan laut di Rusia akan mula dilepaskan dalam musim panas tidak lama lagi.

Proses tersebut dijangka melibatkan belanja AS$4.6 juta (S$6.2 juta).

Pakar-pakar percaya keadaan sesuai semasa musim panas adalah masa terbaik untuk mengembalikan haiwan-haiwan liar tersebut ke sekitaran semula jadi mereka.

Nasib 101 ikan paus Beluga dan Orca mula mendapat perhatian ramai pada September tahun lalu apabila kemudahan marin di pelabuhan Nakhodka itu didedahkan.

Pihak pendakwa Rusia mengenakan tuduhan jenayah ke atas empat syarikat yang didakwa mengurung ikan-ikan itu untuk dijual kepada taman-taman bertema di China.

Undang-undang Rusia hanya membenarkan penangkapan ikan paus untuk tujuan saintifik.

Diberikan jolokan sebagai "penjara paus", kemudahan yang sesak dan sejuk tersebut dipercayai telah menyebabkan empat ekor ikan paus mati.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan