Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laporan MOM: Prestasi pasaran buruh masih bertahan meski kadar pengangguran naik sedikit

Jumlah mereka yang bekerja di Singapura terus meningkat meskipun jumlah pengangguran naik pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan MOM: Prestasi pasaran buruh masih bertahan meski kadar pengangguran naik sedikit

Bangunan Kementerian Tenaga Manusia.

Diterbitkan : 12 Mar 2020 10:00PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 10:02PM

SINGAPURA: Jumlah mereka yang bekerja di Singapura terus meningkat meskipun jumlah pengangguran naik pada 2019.

Perangkaan terbaru mendedahkan jumlah mereka yang bekerja naik 57,000 iaitu peningkatan terbesar dalam tempoh lima tahun lalu.

Mereka yang diberhentikan kerja kekal sama seperti 2018 iaitu kurang daripada 10,700 manakala daya penghasilan jatuh 1.5 peratus, yang pertama kali dalam sembilan tahun.

Secara keseluruhan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata prestasi pasaran buruh lebih baik daripada yang dijangka tetapi memberi amaran terhadap ketidaktentuan tahun ini dan situasi COVID-19.

Industri perkhidmatan seperti perkhidmatan kewangan dan insurans serta infokom adalah salah satu sektor terbaik tahun lalu.

Majikan juga mengamalkan langkah lebih ketat semasa mengambil pekerja lantas menyebabkan nisbah kerja kosong dengan mereka yang menganggur turun kepada 0.8 pada Disember lalu berbanding 1.10 setahun sebelum itu.

Namun, perkara itu bakal terjejas dengan COVID-19.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menurunkan ramalan pertumbuhan GDP negara daripada -0.5 peratus kepada 1.5 peratus bagi tahun ini.

Cik Teo juga berkata tempoh sebegini yang mana perniagaan tidak berkembang, perlu digunakan untuk latihan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan