Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Langkah menyejukkan pasaran hartanah 'tidak dapat ditolak': CEO DBS

Kemungkinan pemerintah memperkenalkan langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah 'tidak dapat ditolak', menurut CEO Piyush Gupta.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah menyejukkan pasaran hartanah 'tidak dapat ditolak': CEO DBS

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 05 Jul 2018 08:25PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 08:30PM

SINGAPURA: Kemungkinan pemerintah memperkenalkan langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah 'tidak dapat ditolak', menurut ketua pegawai eksekutif DBS Piyush Gupta, yang menambah ada sesetengah agensi pemerintah yang 'mula gelisah' tentang keadaan tersebut.

Bercakap di satu majlis makan tengah hari pada Khamis (5 Jul) mengenai jangkaan terhadap pasaran bank tersebut bagi separuh kedua tahun ini, Encik Gupta merujuk kepada amaran yang dikeluarkan pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon pada hari sebelumnya tentang pasaran hartanah yang penuh bertenaga.

"MAS semakin gelisah," kata Encik Gupta.

"Begitu juga dengan URA."

Pada Rabu, Encik Menon menasihatkan para pemaju, pembeli rumah dan bank supaya mengambil sikap berhati-hati di tengah-tengah keghairahan tentang sentimen amat baik dalam pasaran hartanah sekarang.

Sejak 2009, pemerintah memperkenalkan beberapa langkah menyejukkan pasaran hartanah, namun ada yang sudah ditarik balik.

Harga rumah privet merosot buat empat tahun berturut-turut antara pertengahan 2013 hingga pertengahan 2017 sebelum mula meningkat semula. Pada Isnin, perangkaan URA menunjukkan harga hartanah privet naik ke paras tertinggi sejak 2014.

Meskipun, para penganalisis hartanah berpendapat adalah terlalu awal bagi campur tangan pihak berkuasa dalam pasaran, Encik Gupta percaya bahawa pemerintah ingin "memastikan mereka sudah bersedia untuk menghadapi perubahan, seperti pada masa lalu".

"Saya percaya ini sesuatu yang perlu kita awasi," tambah beliau.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan