Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lambakan hartanah di Iskandar Malaysia disebabkan jaringan hubungan: Firma penyelidikan

Firma penyelidikan pasaran, Datamine, menyatakan lambakan hartanah di Iskandar Malaysia, Johor, disebabkan pelbagai halangan terutamanya jaringan hubungannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lambakan hartanah di Iskandar Malaysia disebabkan jaringan hubungan: Firma penyelidikan

Bangunan-bangunan yang dalam proses pembinaan di zon pembangunan Iskandar di Johor. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 03:21PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 03:48PM

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan pasaran, Datamine, menyatakan lambakan hartanah di Iskandar Malaysia, Johor, disebabkan pelbagai halangan terutamanya jaringan hubungannya.

Pengasas dan Ketua Penyelidikan Datamine, Jerren Lai, berkata jaringan hubungan yang tidak baik dengan Singapura seperti kelewatan projek Sistem Transit Rapid (RTS) dan jaringan hubungan feri dari Puteri Harbour ke Harbourfront di Singapura serta projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah penghalang utama yang menyebabkan permintaan tidak seimbang dengan bekalan.

Datamine menjangkakan kira-kira 600,000 pekerja kolar putih dalam kalangan rakyat Malaysia kini menyewa atau memiliki hartanah di Singapura.

"Sekiranya jaringan hubungan antara Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (JB CIQ) dengan Singapura dipertingkatkan dengan ketara dengan projek RTS dan projek kereta api transit aliran massa (MRT) Thomson-East Coast Line, sebanyak 20 peratus nominal yang akan memutuskannya untuk memindahkan semula lokasi RTS dan MRT ke Iskandar Malaysia, ia akan dapat menyerap lebihan lambakan tersebut," kata Lai dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Okt).

Beliau berkata lambakan hartanah di Iskandar Malaysia pada asasnya berbeza daripada Lembah Klang dan Pulau Pinang.

"Perbezaannya, apa yang berlaku di Iskandar Malaysia adalah permintaan tidak dapat dipenuhi kerana banyak halangan yang telah dikenal pasti kerana tidak berlaku kekurangan permintaan," katanya.

Untuk menyelesaikan masalah itu, beliau berkata Singapura akan menjadi pasaran yang ideal untuk mencetuskan perubahan tersebut kerana 80 peratus rakyat Singapura menetap di flat HDB di republik itu - yang akan susut nilainya kerana berusia menghampiri 60 tahun - justeru bank sukar untuk menawarkan pinjaman.

"Ramai berhasrat untuk mendapatkan harta pegangan bebas tetapi tidak dapat diperoleh di Singapura, sementara Iskandar Malaysia mempunyai banyak hartanah pegangan bebas sehingga mewujudkan peluang untuk menjual flat HDB mereka dengan cepat dan membeli hartanah di Iskandar Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kawasan JB CIQ di Bukit Chagar telah dikenal pasti sebagai kawasan hartanah popular di Iskandar Malaysia.

Hartanah di kawasan itu berada dalam jarak 15 minit dengan berjalan kaki ke pusat CIQ. RTS juga akan berada dalam lokasi tersebut pada masa akan datang.

Penjejak Banci Hartanah Iskandar terbaru Datamine bagi suku ketiga mendapati bahawa harga median hartanah JB CIQ adalah RM836,125 (S$274,000) atau RM921 (S$300) kaki persegi, sementara selebihnya adalah Iskandar Malaysia yang berharga RM573,931 (S$188,000) atau RM577 (S$189) kaki persegi.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan