Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laluan RTS diharap tingkatkan perniagaan di Woodlands; penyewa bimbang nasib mereka

Dengan Projek Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura diteruskan, firma-firma di Pusat Serantau Woodlands menyatakan mereka kini berada selangkah lebih dekat untuk menikmati peluang perniagaan yang lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2020 07:13PM Dikemas Kini : 10 Aug 2020 10:52PM

SINGAPURA: Dengan Projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura diteruskan, firma-firma di Pusat Serantau Woodlands menyatakan mereka kini berada selangkah lebih dekat untuk menikmati peluang perniagaan yang lebih baik.

Namun beberapa penyewa di kawasan itu berasa bimbang sekiranya dapat mengekalkan sewa mereka.

Kawasan tanah kosong di Pantai Utara Woodlands misalnya akan menempatkanapartmen tinggi, taman perniagaan, serta Laluan RTS yang baru.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan kawasan utara Singapura yang akan dikenali sebagai Pusat Serantau Woodlands.

Laluan MRT Thomson-East Coast yang baru menghubungkan kawasan pantai di utara itu dengan Woodlands Central, satu lagi kawasan yang akan diberi suntikan kesegaran.

Pemaju hartanah seperti Far East Organisation misalnya telahpun bertapak di Woods Square, sebuah projek menara pejabat.

62 peratus daripada 208 unit pejabatnya yang dilancarkan bagi penjualan sudahpun dibeli.

Syarikat itu memberitahu Mediacorp hartanah tersebut dapat melengkapi operasi industri yang dirancang bagi kawasan pantai utara.

Far East Organisation menambah ketersambungan yang lebih baik akan membantu firma-firma menjalin hubungan lebih kukuh dengan rakan-rakan di Malaysia.

Estet Perusahaan Marsiling di bawah zon kendalian JTC pula, dibangunkan pada tahun-tahun 1970-an dan terletak antara kawasan-kawasan yang akan dibangunkan pada masa depan.

Namun buat masa ini ia tidak dijadualkan untuk pembangunan semula. Ini membuat penyewanya, yang sebahagian besar terdiri daripada syarikat binaan dan bengkel kereta, tertanya-tanya tentang nasib mereka sedang kawasan sekeliling dibangunkan kelak.

"Pelanggan kami adalah pemilik kenderaan komersil besar. Jika kawasan ini mempunyai lebih banyak bangunan tinggi, kawasan ini akan tidak menjadi cocok dengan (perniagaan kami). Jadi jika ia berlaku, kami perlu berpindah ke kawasan lain yang lebih sesuai dengan pelanggan kami," kata pengarah ES Audio, Vincent Lee. 

Sumber : CNA/UR/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan