Images
  • dbs
    (Gambar fail: REUTERS)

Laba suku pertama DBS cecah S$2 bilion; catat pertumbuhan kukuh

SINGAPURA: DBS Group menjangkaui ramalan pasaran setelah mencatatkan peningkatan 72 peratus pada keuntungan bersih suku tahunannya, dengan bank itu meraih manfaat daripada pertumbuhan pinjaman yang kukuh, mutu aset yang lebih baik dan perniagaan pengurusan harta yang lebih meluas.

DBS, bank terbesar di Asia Tenggara, mencatatkan prospek yang optimis di tengah-tengah ekonomi global yang sedang bangkit semula.

Sungguhpun demikian, aset-asetnya yang baru gagal mencatat peningkatan pada paras sebelum berlaku pandemik.

DBS melaporkan keuntungan bersih S$2 bilion bagi tempoh antara Januari hingga Mac, berbanding ramalan tiga penganalisis yang menjangkakan S$1.43 bilion dan S$1.16 bilion yang diraih pada tempoh yang sama setahun lalu.

- CNA/NA/na

Top