Laba suku ketiga DBS, OCBC merosot angkara tekanan COVID-19
Dua bank terbesar Singapura melaporkan keuntungan suku ketiga di tengah-tengah tekanan COVID-19.
SINGAPURA: Dua bank terbesar Singapura melaporkan keuntungan suku ketiga di tengah-tengah tekanan COVID-19.
Keuntungan bersih DBS jatuh 20 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu disebabkan pendapatan faedah bersih yang rendah.
Namun jika dibandingkan dari bulan ke bulan, keuntungan bersih DBS naik 4 peratus dipacu rentak perniagaan yang bertambah baik.
OCBC pula mencatat kemerosotan 12 peratus keuntungan bersih pada tahun ke tahun suku ketiga.
Namun pada dasar suku ke suku, keuntungan bersih OCBC melonjak 41 peratus pada suku ketiga.
OCBC mendapat lebih pendapatan daripada perniagaan seperti pengurusan harta dan perdagangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.