Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba suku keempat DBS jatuh 33%; namun optimis terhadap pemulihan ekonomi

DBS melaporkan kemerosotan 33 peratus pada keuntungan bersih suku tahunannya, sejajar dengan ramalan, sedang bank itu mengalami kerugian pinjaman yang lebih tinggi dalam pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Sungguhpun demikian, DBS memberikan pandangan optimis untuk tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba suku keempat DBS jatuh 33%; namun optimis terhadap pemulihan ekonomi

Gambar fail mesin-mesin ATM yang terletak di luar sebuah bank DBS.

Diterbitkan : 10 Feb 2021 12:21PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 12:24PM

SINGAPURA: DBS melaporkan kemerosotan 33 peratus pada keuntungan bersih suku tahunannya, sejajar dengan ramalan, sedang bank itu mengalami kerugian pinjaman yang lebih tinggi dalam pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Sungguhpun demikian, DBS memberikan pandangan optimis untuk tahun ini.

Encik Piyush Gupta, ketua pegawai eksekutif bank terbesar di Asia Tenggara itu, berkata bahawa data ekonomi terkini membayangkan pemulihan ekonomi yang kukuh bagi 2021. Prestasi kukuh DBS pada Januari menyediakan permulaan awal tahun yang baik bagi 2021, menurut Encik Gupta semasa membentangkan ramalan perniagaan bank tersebut.

"Momentum perniagaan dikekalkan pada suku keempat dan saluran kami bagi pinjaman dan pendapatan yuran adalah sihat," menurut Encik Gupta.

Para penganalisis turut menjangkakan pendapatan kukuh daripada perniagaan harta untuk memulihkan keuntungan sepanjang tahun bagi bank-bank di Singapura, dengan prospek ekonomi yang bertambah baik juga dijangka akan mengimbangi kesan kadar faedah yang rendah.

DBS, pemiutang tempatan pertama yang mendedahkan prestasinya bagi suku keempat, melaporkan keuntungan bersih bernilai S$1 bilion bagi suku keempat yang berakhir Disember lalu, berbanding ramalan S$1.02 bilion yang diunjurkan sebelum ini oleh empat penganalis, menurut data Refinitiv.

OCBC dan UOB akan mengumumkan prestasi masing-masing pada lewat bulan ini.

Margin faedah bersih DBS, merosot kepada 1.49 peratus pada suku keempat berbanding 1.86 peratus pada tempoh yang sama setahun lalu dan 1.53 peratus pada suku ketiga.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan