Laba suku kedua CapitaLand naik 4.4% kepada S$605 juta
Pendapatan bagi suku kedua meningkat 35.5 peratus kepada S$1.34 bilion disebabkan pendapatan dari hartanah baru di Singapura, China dan Jerman
SINGAPURA: Keuntungan bersih suku kedua CapitaLand Group naik sebanyak 4.4 peratus kepada S$605 juta berbanding setahun lalu, dirangsang sumbangan-sumbangan daripada hartanah pelaburan yang dibeli di Singapura, China dan Jerman, termasuk keuntungan penilaian semula.
Ia terjejas sedikit oleh keuntungan portfolio dan sumbangan daripada perniagaan perumahan yang lebih rendah. Ini menurut kenyataan CapitaLand, hari ini (8 Ogos) sebelum pasaran dibuka.
Pendapatan bagi suku kedua meningkat 35.5 peratus kepada S$1.34 bilion disebabkan pendapatan dari hartanah baru di Singapura, China dan Jerman, serta penyerahan lebih tinggi unit-unit rumah di China, termasuk penggabungan pendapatan CapitaLand Mall Trust, CapitaLand Retail China Trust dan RCS Trust.
Sejumlah 80 peratus modal CapitaLand digunakan bagi hartanah pelaburan, manakala 20 peratus untuk hartanah dagangan. Menurut CapitaLand, ia merancang untuk menyalurkan lebih banyak modal ke dalam hartanah dagangan.
Aset keseluruhan CapitaLand berkembang kepada S$93.1 bilion pada hujung enam bulan pertama tahun ini, dengan 50 peratus di China dan 34 peratus di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.