Images
  • plane (3)
    Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA). (Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Laba SIA meningkat hampir 70% dalam suku kedua tahun ini

SINGAPURA: Keuntungan bersih yang diraih syarikat penerbangan Singapore Airlines meningkat hampir 70% kepada S$94 juta dalam suku kedua tahun ini.

Kenaikan itu dicapai di tengah-tengah keadaan pasaran penerbangan yang tidak menentu.

Ia dirangsang oleh prestasi baik dari anak-anak syarikat dan rakan kerjasama SIA.

Pendapatan dari tempahan penumpang naik 7.5% tetapi permintaan bagi khidmat kargo, turun.

Peningkatan keuntungan itu juga diraih setelah menghadapi beberapa cabaran perniagaan seperti harga minyak lebih mahal.

Melihat ke hadapan, SIA menjangkakan keadaan yang lebih baik kerana tempahan penumpang yang kukuh, walaupun berdepan dengan persaingan sengit dan keadaan pasaran yang tidak menentu. 

- CNA/HK/na

Top