Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba DBS merosot 29% suku pertama tahun ini

DBS Group Holdings memperuntukkan S$1.09 bilion untuk mengimbangi kesan pandemik COVID-19 sedang bank terbesar Asia Tenggara itu melaporkan kemerosotan 29 peratus dalam keuntungan suku pertama tahun ini, iaitu yang terendah dalam tempoh dua tahun setengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba DBS merosot 29% suku pertama tahun ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Apr 2020 08:44AM Dikemas Kini : 30 Apr 2020 08:47AM

SINGAPURA: DBS Group Holdings memperuntukkan S$1.09 bilion untuk mengimbangi kesan pandemik COVID-19 sedang bank terbesar Asia Tenggara itu melaporkan kemerosotan 29 peratus dalam keuntungan suku pertama tahun ini, iaitu yang terendah dalam tempoh dua tahun setengah.

DBS menyatakan peruntukan bagi kerugian pinjaman melonjak bagi tempoh Jan-Mac daripada S$76 juta tahun lalu. Peruntukan tersebut adalah jauh lebih besar berbanding anggaran purata S$605 juta, menurut data Refinitiv.

Keuntungan suku pertama merosot kepada S$1.16 bilion berbanding S$1.65 bilion setahun lalu, setara dengan anggaran purata S$1.13 bilion dari empat penganalisis, menurut data Refinitiv.

Hasil keseluruhan tumbuh 13 peratus berbanding setahun lalu ke paras tinggi baru S$4.03 bilion.

DBS menyatakan pihaknya memperuntukkan elaun itu "untuk mempercepatkan pengumpulan rizab", dengan dua pertiga jumlah itu disimpan bagi elaun am sebagai persediaan menghadapi "kesan ekonomi lebih mendalam dan berpanjangan akibat pandemik itu".

"Prestasi operasi kami yang mencapai paras rekod pada suku pertama memberi kami kelebihan untuk menghadapi cabaran tahun akan datang. Meskipun masa depan ekonomi kekal tidak menentu dan risiko pinjaman meningkat, pelaburan digital yang telah kami lakukan memperkukuh daya tahan dan keberkesanan francais kami dan kami kekal komited untuk berkhidmat kepada pelanggan kami," kata CEO DBS, Piyush Gupta.

"Kami akan mengekalkan kunci kira-kira yang kukuh dengan rizab elaun modal, kecairan dan kerugian yang mencukupi, yang memberikan kami penimbal yang kukuh untuk mengurangkan kesan daripada kejutan luaran," tambah beliau.

DBS, yang mengagihkan dividen setiap suku tahun, mengekalkan dividen yang disarankan sebanyak 33 sen setiap saham bagi suku terakhir tahun lalu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan