Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurang 50% bangunan yang layak bagi Skim Insentif CBD terima tawaran untuk ubah pejabat

 Sambutan bagi sebuah skim untuk memperbaharui Daerah Pusat Perniagaan (CBD) agak perlahan dua tahun selepas dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2021 03:57PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 09:24PM

SINGAPURA: Sambutan bagi sebuah skim untuk memperbaharui Daerah Pusat Perniagaan (CBD) agak perlahan dua tahun selepas dilancarkan.

Kurang separuh daripada 20 bangunan yang layak bagi Skim Insentif CBD sudah menerima tawaran bagi mengubah pejabat yang semakin usang menjadi hotel-hotel dan rumah kediaman.

Hanya 30 peratus daripada cadangan pembangunan sudah diberikan kelulusan secara prinsip.

Lebih 65,000 kaki persegi kawasan hijau, gim premium dan tempat-tempat makan termasuk restoran - ini sebahagian daripada projek kegunaan campuran terbaru di tengah-tengah daerah kewangan.

Ia melambangkan visi 'hidup, kerja dan bermain' untuk CBD.

Pengarah Marina Bay Alliance, Encik Wang Renyi, berkata dalam beberapa tahun mendatang, pihak-pihak berkepentingan akan cuba memahami apa keperluan masyarakat dan melaksanakan inisiatif yang boleh membantu perniagaan.

Sebilangan pakar berpendapat adalah lebih mudah untuk menyuntik kesegaran di bahagian Marina Bay kerana ia berdekatan dengan ikon seperti Taman di Persisiran.

Untuk memperbaharui kawasan lebih tua CBD seperti Anson Road, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Sejak dulu lagi, daerah perniagaan Singapura mempunyai jumlah isi rumah terendah berbanding kawasan kejiranan.

Menurut Encik Lee Nai Jia, Pengarah Institut Hartanah dan Kajian Bandar di Universiti Nasional Singapura (NUS),
kuasa pasaran memastikan kemudahan di kawasan CBD memenuhi keinginan golongan pekerja dan ini menyebabkan kekurangan bagi kawasan permainan atau khidmat jagaan warga tua di CBD.

Pembangunan Kawasan Pesisiran Selatan (GSW) dijangka membantu meningkatkan jumlah penduduk di CBD. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan