Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kumpulan pertama kapal kontena terkandas di Terusan Suez sudah tiba di S'pura

Kumpulan pertama kapal kontena terkandas di Terusan Suez sudah tiba di S'pura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2021 07:53PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 10:22PM

SINGAPURA: Kumpulan pertama kapal kontena yang melalui Terusan Suez sudahpun tiba di Singapura.

PSA menyatakan kargonya diuruskan dengan sebaik mungkin.

Pihaknya akan membuat perancangan awal bagi mengurangkan gangguan.

Kapal-kapal tersebut adalah antara yang terkandas apabila kapal kontena Ever Given tersekat di Terusan Suez pada bulan lalu.

Lebih 400 kapal terpaksa menunggu gilirian selama enam hari untuk melalui salah satu laluan perdagangan paling sibuk di dunia akibat kejadian itu.

Ever Given bagaimanapun berjaya digerakkan semula pada 28 Mac lalu.

Menurut pihak berkuasa, pelabuhan Singapura sudah menambah jumlah tenaga manusia, peralatan dan kawasan berlabuh bagi membantu syarikat-syarikat menangani tunggakan kiriman bekalan. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan