Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kumpulan hartanah OrangeTee jadi mangsa pelanggaran keselamatan data

Syarikat induk OrangeTee & Tie dan OrangeTee Advisory, OT Group, mengalami pelanggaran keselamatan data, menurut kumpulan hartanah Singapura itu pada Jumaat (6 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan hartanah OrangeTee jadi mangsa pelanggaran keselamatan data

(Gambar: OrangeTee & Tie)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 04:21PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 04:23PM

SINGAPURA: Syarikat induk OrangeTee & Tie dan OrangeTee Advisory, OT Group, mengalami pelanggaran keselamatan data, menurut kumpulan hartanah Singapura itu pada Jumaat (6 Ogos).

Syarikat tersebut menyatakan ia menerima emel daripada pihak ketiga yang mendakwa dapat mengakses rangkaian IT syarikat itu. Insiden itu dilaporkan kepada pihak berkuasa relevan.

Satu siasatan dilancarkan untuk menilai jika data dalam rangkaiannya terjejas. OT Group menyatakan siasatan awal menunjukkan bahawa berlaku pelanggaran keselamatan data.

"Kami sedang bekerja rapat dengan pakar keselamatan siber untuk menentukan jenis dan sejauh mana pelanggaran itu berlaku," menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan media.

"Sekiranya data digodam, keutamaan kami adalah untuk mengenal pasti semua pelanggan yang terjejas dan menghubungi mereka secepat mungkin."

Sambil memohon maaf kepada pelanggan atas kejadian itu, OT Group menyatakan ia akan menyemak secara menyeluruh sistem dan prosesnya bagi menentukan langkah keselamatan tambahan yang boleh diambil.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan boleh menghubungi pusat panggilan syarikat itu di talian 9148 1496 pada waktu pejabat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan