Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Krisis rantaian bekalan global jejas pemulihan ekonomi

Pemulihan ekonomi sejagat kini berdepan dengan gangguan terhadap rantaian bekalan menerusi perjalanan laut.

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis rantaian bekalan global jejas pemulihan ekonomi

(Gambar: JUSTIN SULLIVAN / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 03:58PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 04:04PM

PARIS: Pemulihan ekonomi sejagat kini berdepan dengan gangguan terhadap rantaian bekalan menerusi perjalanan laut.

Akibatnya, peruncit menghadapi kesukaran mendapatkan produk-produk baru.

Data perkapalan menunjukkan, sekitar 70 kapal yang sarat muatan masih menunggu giliran untuk berlabuh di Hong Kong dan Shenzhen, dan lagi 40 kapal mengalami nasib yang serupa di Singapura.

Kesesakan itu cukup membimbangkan, lebih-lebih peranan Singapura sebagai hab transit untuk memindahkan muatan dari satu kapal ke kapal yang lain.

Data yang sama menunjukkan keadaan serupa di kebanyakan pelabuhan utama dunia, termasuk di Los Angeles dan Vietnam.

Antara syarikat gergasi dunia yang merasakan kesan buruk daripada kesesakan rantaian bekalan global adalah IKEA.

Jenama kelengkapan rumah itu menjangkakan kekurangan stok produk yang dihadapinya bakal berterusan lebih setahun lagi.

Antara cabaran terbesar yang dihadapi termasuk, mendapatkan bekalan dari China, di mana sekitar 25 peratus produk dihasilkan.

Rangkaian kedai IKEA di Amerika Utara dan Eropah antara yang paling teruk terjejas.

Bagi mengatasi kekurangan bekalan, IKEA menyewa lebih banyak kapal, serta memindahkan bekalan produk dari gudang ke gudang.

Sumber : AFP/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan