Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kos sewa hartanah bentuk hanya 0.4% hingga 5.3% kos niaga SME

Kos sewa hartanah membentuk peratusan kecil daripada keseluruhan kos perniagaan bagi perusahaan kecil dan sederhana atau SME di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kos sewa hartanah bentuk hanya 0.4% hingga 5.3% kos niaga SME

Pemandangan rumah-rumah privet dan kondominium eksekutif di Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 27 Feb 2018 09:04PM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 11:59PM

SINGAPURA: Kos sewa hartanah membentuk peratusan kecil daripada keseluruhan kos perniagaan bagi perusahaan kecil dan sederhana atau SME di Singapura.

Menteri Negara Kanan bagi Perusahaan dan Perdagangan Koh Poh Koon memberitahu Parlimen bahawa pada 2016, kos sewa membentuk 0.4 peratus hingga 5.3 peratus daripada kos perniagaan bagi SME untuk sektor pengilangan.

Bagi sektor perkhidmatan, kos sewa membentuk 8 peratus atau lebih rendah.

Encik Koh menarik perhatian bahawa kos sewa hartanah bagi SME untuk sektor runcit adalah lebih tinggi pada kadar 30 peratus.

Ini walaupun sewa runcit turun sehingga 16 peratus antara 2014 hingga 2017.

Tahun lalu, hanya 13 peratus daripada 2,500 SME menyifatkan kos sewa sebagai kebimbangan perniagaan utama.

Peratusan tersebut adalah lebih rendah berbanding 18 peratus pada 2015. 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan