Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kontrak Fasa 2 Terminal Tuas bernilai S$1.46 bilion diberikan kepada konsortium antarabangsa

Kontrak bernilai S$1.46 bilion bagi projek pembinaan Fasa Kedua Terminal Tuas diberikan kepada sebuah konsortium antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Apr 2018 12:20PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 10:03PM

SINGAPURA: Kontrak bernilai S$1.46 bilion bagi projek pembinaan Fasa Kedua Terminal Tuas diberikan kepada sebuah konsortium antarabangsa.

Menurut kenyataan daripada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini (25 Apr), ia memeterai perjanjian dengan Penta Ocean Construction, Hyundai Engineering & Construction dan Boskalis International.

Dengan Fasa Pertama sedang dijalankan, Fasa Kedua dijangka akan meningkatkan lagi 21 juta unit kontena berukuran 20 kaki (TEU) kepada kapasiti pelabuhan secara keseluruhannya setiap tahun menjelang 2027.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja di bawah Fasa Kedua termasuk reka bentuk dan pembinaan kawasan tebus guna seluas 387 hektar yang dikepung dengan tembok kaison sepanjang 9.1 kilometer.

Apabila siap dibangunkan menjelang tahun 2040-an, Terminal Tuas akan berupaya menangani sehingga 65 juta TEU setiap tahun.

Ia merupakan salah satu daripada tujuh perjanjian yang dimeterai di Persidangan Teknologi Maritim Singapura.

Di bawah satu lagi perjanjian, konsortium yang terdiri daripada ST Electronics dan Kongsberg Norcontrol dari Norway akan menghasilkan Program Inovasi Sistem Pengurusan Laluan Kapal Generasi Seterusnya (NVGTMS).

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan