Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Konsortium diterajui V3 Group dan EZ-Link mohon lesen bank digital

Persaingan untuk mendapatkan lesen bank digital penuh di negara ini semakin sengit.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsortium diterajui V3 Group dan EZ-Link mohon lesen bank digital
Diterbitkan : 05 Jan 2020 08:50PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 08:55PM

SINGAPURA: Persaingan untuk mendapatkan lesen bank digital penuh di negara ini semakin sengit.

Sebuah lagi konsortium iaitu yang ketiga turut memohon bagi mendapatkan lesen itu.

Konsortium BEYOND itu diterajui syarikat V3 Group dan EZ-Link.

Syarikat-syarikat lain yang terlibat ialah Persekutuan Perniagaan Singapura, Far East Organisation, Mitsui Sumitomo Insurance dan Heliconia Capital Management.

Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini (5 Jan) ia mahu memberi tumpuan kepada keperluan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang menggajikan hampir 70 peratus tenaga kerja Singapura.

Konsortium itu menambah, ia mengambil pendekatan khusus pada perusahaan-perusahaan tertentu dengan mendekati syarikat dan individu dalam bidang-bidang seperti hartanah, binaan, pengangkutan, insurans dan runcit.

EZ-Link sendiri mempunyai pangkalan pelanggan seramai lima juta pemilik kad aktif.

Menurut bakal pengerusi BEYOND, Encik Gan Chee Yen, konsortium itu telah menghasilkan produk-produk dan khidmat yang ditujukan kepada SME serta mereka yang baru dalam penggunaan digital.

Selain itu BEYOND mahu memenuhi keperluan pekerja SME dan keluarga mereka
seperti membantu mengukuhkan kedudukan kewangan mereka untuk hari-hari mendatang.

Dua lagi permohonan bagi lesen bank digital penuh diterima daripada syarikat Razer menerusi konsortium termasuk Sheng Siong Holdings dan empat rakan kongsi lain serta konsortium dibentuk Singtel dan Grab.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jun tahun lalu menyatakan ia akan mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital baru - dua lesen bank digital penuh dan tiga bank borong digital.

Keputusan permohonan akan diumumkan menjelang pertengahan tahun ini.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan