Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Konsortium berkaitan Temasek Holdings naikkan tawaran beli SPH kepada AS$2.88 bilion

Cuscaden Peak, sebuah konsortium berkaitan dengan firma pelaburan negara Temasek Holdings, menaikkan tawaran untuk membeli syarikat media dan hartanah Singapore Press Holdings Ltd (SPH) kepada sekitar S$3.9 bilion (AS$2.88 bilion), menurut syarikat itu pada Isnin (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

REUTERS: Cuscaden Peak, sebuah konsortium berkaitan dengan firma pelaburan negara Temasek Holdings, menaikkan tawaran untuk membeli syarikat media dan hartanah Singapore Press Holdings Ltd (SPH) kepada sekitar S$3.9 bilion (AS$2.88 bilion), menurut syarikat itu pada Isnin (15 Nov).

Tawaran terbaru Cuscaden, iaitu S$2.40 bagi setiap saham SPH, merupakan lonjakan hampir 15 peratus berbanding bidaannya sebelum ini iaitu S$2.10 setiap saham SPH. Tawaran itu juga lebih tinggi berbanding yang dikemukakan Keppel iaitu S$2.351 setiap saham.

Tawaran terkini oleh konsortium Cuscaden yang termasuk jutawan pengusaha hotel Ong Beng Seng dan dua syarikat berkaitan dengan Temasek, menawarkan bahagian tunai yang lebih tinggi, menurut SPH.

Tawaran baru itu merancakkan lagi persaingan bidaan antara pelabur yang berhasrat memperolehi aset hartanah SPH, yang termasuk pusat beli-belah, tempat penginapan pelajar dan kemudahan jagaan warga emas.

Kedua-dua tawaran itu dibuat dengan syarat SPH selesai melakukan pemindahan perniagaan medianya ke anak syarikat milik penuh yang baru ditubuhkan.

Perdagangan saham SPH dan SPH Reit dihentikan pada pagi tadi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan