Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

KLM akan batalkan 10 penerbangan akibat mogok

Syarikat penerbangan Belanda, KLM akan membatalkan 10 penerbangan di Eropah pada Isnin (2 Sep) disebabkan oleh mogok yang dilancarkan selama dua jam oleh kakitangan yang meminta kenaikan gaji lebih tinggi pada Ahad.

Anggaran Waktu Membaca:
KLM akan batalkan 10 penerbangan akibat mogok

(Gambar: AFP/Fabio LIMA)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 11:58AM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 12:01PM

THE HAGUE: Syarikat penerbangan Belanda, KLM akan membatalkan 10 penerbangan di Eropah pada Isnin (2 Sep) disebabkan oleh mogok yang dilancarkan selama dua jam oleh kakitangan yang meminta kenaikan gaji lebih tinggi pada Ahad.

Mogok antara pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi itu dilancarkan setelah syarikat penerbangan itu dan persekutuan Belanda FNV gagal mencapai perjanjian.

Air France, Delta dan syarikat-syarikat penerbangan SkyTeam yang lain serta Transavia juga bakal terjejas akibat mogok yang dilancarkan itu. Ini disahkan oleh jurucakap KLM, Cik Vrijenhoek.

Menurut FNV pada Sabtu, ia meminta kenaikan sebanyak empat peratus bagi seramai 15,000 kakitangan, dengan tawaran KLM yang terkini hanya menawarkan kenaikan dua peratus.

Mogok oleh para pekerja pengangkutan awam pada Mei menyebabkan beberapa penerbangan dibatalkan di Schiphol, iaitu hab penerbangan paling sibuk di Eropah. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan