Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kiriman Boeing 737 MAX dijangka disambung semula separuh kedua 2019

Honeywell International Inc pada Khamis (18 Apr) menyatakan ia menjangka kadar pengeluaran dan penghantaran pesawat 737 MAX oleh Boeing Co disambung semula dalam separuh kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kiriman Boeing 737 MAX dijangka disambung semula separuh kedua 2019

Pesawat-pesawat Boeing 737 MAX di Kilang Boeing di Renton, Washington, Amerika Syarikat. (Gambar: Lindsey Wasson/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 11:15PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 11:16PM

REUTERS: Honeywell International Inc pada Khamis (18 Apr) menyatakan ia menjangka kadar pengeluaran dan penghantaran pesawat 737 MAX oleh Boeing Co disambung semula dalam separuh kedua tahun ini.

Pesawat 737 MAX digantung seluruh dunia pada bulan lalu menyusuli dua kejadian pesawat terhempas yang menyebabkan kematian, sekali gus memaksa Boeing untuk menghentikan penghantaran.

Kesan penggantungan dan pengurangan pada kadar pengeluaran bagi 737 MAX hanya dirasai sedikit sahaja oleh Honeywell dalam suku kedua, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Darius Adamczyk semasa bercakap dalam sidang telefon bersama para penganalisis.

Encik Adamczyk berkata: "Hampir semua orang menjangkakan satu huraian dalam suku kedua. Kami merasakan ia jenis pesawat yang hebat dan akan kembali ke udara dalam separuh kedua tahun ini." 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan