Images
  • dbs
    Para pelanggan DBS menggunakan mesin ATM bank itu. (Gambar: AFP / Roslan Rahman)

Keuntungan suku kedua DBS lonjak 17% kepada $1.6 bilion

SINGAPURA: DBS Group Holdings mencatat kenaikan 17 peratus dalam keuntungan suku kedua disokong peningkatan pendapatan bersih. Perangkaan itu melebihi ramalan pasaran sebelum ini.

Keuntungan bersih DBS adalah $1.6 bilion pada tiga bulan sebelum ini berakhir Jun, berbanding $1.37 bilion setahun lalu dan ramalan purata $1.47 bilion oleh tiga pengamat, menurut data Refinitiv.

Para pengamat ekonomi berkata prospek bagi bank-bank semakin mencabar dengan ekonomi negara tumbuh pada rentak paling perlahan dalam tempoh sedekad bagi suku kedua disebabkan kemerosotan hasil perkilangan dan eksport.

DBS mengekalkan ramalan pertumbuhan pinjaman iaitu kadar peratusan pertengahan satu angka, bagi keseluruhan tahun.

Pendapatan faedah bersih DBS naik 9 peratus pada suku sebelum ini sedang pinjaman naik 5 peratus pada kadar tukaran tetap dan margin faedah bersih iaitu ukur tara utama bagi keuntungan meningkat enam mata kepada 1.91 peratus.

- Reuters/RU/ru

Top