Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan Singtel jatuh 14% pada suku ketiga

Singtel pada Khamis (14 Feb) melaporkan keuntungan bersih yang menjunam 14 peratus pada suku ketiga, antaranya disebabkan oleh saingan sengit di India serta kesan pelaburan rangkaian syarikat sekutu serantau. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 10:28AM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:15AM

SINGAPURA: Singtel pada Khamis (14 Feb) melaporkan keuntungan bersih yang menjunam 14 peratus pada suku ketiga, antaranya disebabkan oleh saingan sengit di India serta kesan pelaburan rangkaian syarikat sekutu serantau. Jangkaan hasil pendapatan untuk keseluruhan tahun juga dijangka merosot sedikit.

Singtel, pengendali telko terbesar Asia Tenggara, mencatatkan keuntungan bersih S$823 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir Disember 2018, berbanding S$959 juta setahun lalu.

Keuntungan bersih sebenar menjunam 28 peratus kepada S$680 juta, terjejas oleh peralihan dari penggunaan rangkaian suara ke data dan kemerosotan margin khidmat telko tradisional, menurut syarikat itu.

Hasil pendapatan hampir mendatar pada S$4.63 bilion.

Singtel menyatakan pihaknya kini menjangkakan hasil pendapatan kumpulan syarikat sebelum mengambil kira faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi keseluruhan tahun akan merosot, berbanding jangkaan awal bahawa EBITDA akan kekal stabil.

Syarikat itu akan "meningkatkan pengurusan kos, meluaskan pendapatan dan meningkatkan kecekapan menerusi usaha pendigitalan," kata CEO Singtel Chua Sock Koong, dalam satu kenyataan.

Singtel memegang saham dalam beberapa pengendali telko serantau termasuk Bharti Airtel di India, yang pendapatannya terjejas akibat persaingan sengit dalam pasarannya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan