Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan SIA junam disebabkan kos minyak, kerugian Virgin Australia

Singapore Airlines hari ini (13 Nov) melaporkan pendapatan suku keduanya menjunam 81 peratus disebabkan harga minyak yang lebih tinggi dan kerugian bukan tunai bagi syarikat sekutunya, Virgin Australia Holdings.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan SIA junam disebabkan kos minyak, kerugian Virgin Australia

(Gambar: Edgar Su/ Reuters).

Diterbitkan : 13 Nov 2018 10:32PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 10:34PM

SINGAPURA: Singapore Airlines hari ini (13 Nov) melaporkan pendapatan suku keduanya menjunam 81 peratus disebabkan harga minyak yang lebih tinggi dan kerugian bukan tunai bagi syarikat sekutunya, Virgin Australia Holdings.

Syarikat penerbangan berkenaan, yang menjadi kayu ukur bagi industri penerbangan premium, mencatat keuntungan bersih bernilai S$56 juta bagi suku yang berakhir 30 September, turun dari S$293 juta setahun lalu. Perangkaan bagi setahun lalu dinyatakan semula disebabkan perubahan perakaunan.

Tidak termasuk kerugian S$116 juta yang ada kaitan dengan saham 20 peratusnya dalam Virgin Australia, syarikat itu melaporkan keuntungan bersih S$172 juta yang disesuaikan, merosot 41 peratus berbanding tahun sebelumnya.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan