Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan SGX naik 9%, catat 'momentum pertumbuhan'

Singapore Exchange Ltd (SGX) melaporkan peningkatan 9 peratus dalam pendapatan dan keuntungan bersih bagi suku tahun berakhir Disember lalu dan menyatakan ia sedang mengalami "momentum pertumbuhan kukuh".

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan SGX naik 9%, catat 'momentum pertumbuhan'

Bursa saham Singapura SGX (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Jan 2019 08:05PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 08:08PM

SINGAPURA: Singapore Exchange Ltd (SGX) melaporkan peningkatan 9 peratus dalam pendapatan dan keuntungan bersih bagi suku tahun berakhir Disember lalu dan menyatakan ia sedang mengalami "momentum pertumbuhan kukuh".

Dalam kenyataan pada Khamis, CEO SGX Loh Boon Chye berkata bursa tersebut mencatat prestasi baik buat dua suku tahun berturut-turut dalam perniagaan derivatif, dengan permintaan tinggi dari institusi-institusi bagi alat pengendali risiko dan pelindung nilai.

Keuntungan SGX bagi suku kedua naik kepada S$96.5 juta berbanding setahun lalu, manakala pendapatan keseluruhan juga naik 9 peratus kepada S$224.1 juta. Pendapatan daripada peniagaan derivatif melonjak 35 peratus dan merupakan separuh pendapatan keseluruhannya.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, SGX menjadi hab penyenaraian global bagi dana gabungan perniagaan dan dana pelaburan hartanah, namun menghadapi saingan sengit dari bursa-bursa Hong Kong dan Asia Tenggara dalam menarik syarikat dari sektor-sektor lain untuk menyenaraikan perniagaan di bursa tempatan.

Bulan ini, bank pusat Singapura menyatakan ia akan menawarkan geran bernilai AS$75 juta (S$101.9) sebagai sebahagian usaha Singapura untuk menggalak penyenaraian dalam pasaran ekuitinya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan