Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kestabilan daya tenaga global akan sokong usaha perangi pandemik COVID-19

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon berkata kerjasama antara para anggota G20 dalam memastikan pasaran daya tenaga global kekal stabil akan menyokong usaha memerangi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2020 09:54PM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 12:00AM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon berkata kerjasama antara para anggota G20 dalam memastikan pasaran daya tenaga global kekal stabil akan menyokong usaha memerangi pandemik COVID-19.

Ini kerana daya tenaga merupakan penggerak utama bagi banyak industri dan sektor ekonomi sejagat.

Dr Koh memberikan komen itu selepas diundang untuk menghadiri mesyuarat tergempar Menteri-menteri Daya Tenaga G20 pada Jumaat (10 Apr).

Mesyuarat itu diadakan melalui persidangan video.

Para menteri dan peserta mesyuarat berbincang mengenai pentingnya meningkatkan kerjasama untuk memastikan pasaran daya tenaga global stabil di tengah-tengah wabak tersebut.

Mereka yang hadir termasuk menteri-menteri dari Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Mexico selain para wakil pertubuhan antarabangsa seperti Agensi Daya Tenaga Antarabangsa dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC). 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan