Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kes tuntutan gaji merosot pada 2020 meski dihimpit kegawatan ekonomi, sekatan COVID-19

 Meskipun dibelenggu kemelesetan ekonomi, jumlah kes tuntutan gaji oleh para pekerja merosot pada tahun lalu, didorong sebahagian besarnya oleh jumlah kes tuntutan para pekerja hijrahan yang berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tuntutan gaji merosot pada 2020 meski dihimpit kegawatan ekonomi, sekatan COVID-19

Para pekerja hijrahan mematuhi langkah pengurusan selamat di sebuah dormitori. (Gambar fail: MOM)

Diterbitkan : 09 Jul 2021 01:55PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 02:00PM

SINGAPURA: Meskipun dibelenggu kemelesetan ekonomi, jumlah kes tuntutan gaji oleh para pekerja merosot pada tahun lalu, didorong sebahagian besarnya oleh jumlah kes tuntutan para pekerja hijrahan yang berkurangan.

Tuntutan gaji pada 2020 secara keseluruhannya jatuh kepada 2.15 bagi setiap 1,000 pekerja dari 2.68 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2019, menurut Laporan Piawai Pengambilan Pekerja 2020 yang dikeluarkan pada Jumaat (9 Jul).

Sebaliknya, jumlah tuntutan gaji oleh pekerja tempatan pula naik kepada 1.61 bagi setiap 1,000 pekerja tempatan pada 2020 berbanding 1.53 pada 2019.

Perangkaan itu lebih tinggi bagi industri-industri seperti kegiatan penginapan dan khidmat makanan, infokom serta binaan - sesetengahnya terjejas oleh tempoh pemutus rantaian jangkitan dan sekatan pergerakan pada 2020, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) dalam laporan itu.

Bagi pekerja hijrahan pula, terdapat 3.47 tuntutan gaji bagi setiap 1,000 pekerja hijrahan berbanding 4.98 pada 2019. Industri-industri dengan bilangan tuntutan gaji paling tinggi adalah sektor seni, hiburan dan riadah, penginapan dan khidmat makanan serta binaan.

Pertikaian disebabkan gaji asas membentuk sebahagian besar tuntutan-tuntutan tersebut tetapi agensi-agensi berkenaan turut menarik perhatian kepada bilangan tuntutan berhubung isu-isu pengambilan pekerja seperti gaji selepas menyerahkan tempoh notis dan menggantikan cuti tahunan yang tidak digunakan dengan wang tunai, naik pada 2020.

Laporan itu menyatakan bagi para pekerja hijrahan, tuntutan dalam kalangan mereka jatuh sebahagian besarnya kerana pihak berkuasa sudahpun mengambil langkah-langkah untuk menangani pertikaian yang berpotensi berlaku angkara kesan COVID-19 terhadap perniagaan-perniagaan.

Apabila dormitori-dormitori dikenakan sekatan pergerakan pada sekitar April 2020, MOM mensyaratkan kesemua pekerja yang tinggal di dormitori untuk dibayar gaji secara elektronik.

Bagi gaji yang dihantar pulang, TADM giat mendampingi para majikan dan memudahkan huraian berhubung gaji bagi sekitar 7,000 pekerja hijrahan antara Jun 2020 dengan Disember 2020, tanpa memerlukan mereka tampil membuat tuntutan gaji.

"Oleh sebab itu, isu-isu gaji tidak ketara dalam pengurusan COVID-19 di dormitori-dormitori," menurut laporan itu.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan