Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kerugian industri penerbangan sejagat cecah AS$84 bilion tahun ini

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengeluarkan ramalan suram mengenai keseluruhan industri penerbangan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerugian industri penerbangan sejagat cecah AS$84 bilion tahun ini

Gambar hiasan sebuah lapangan terbang (Gambar: Pixabay/Rudy dan Peter Skitterians)

Diterbitkan : 10 Jun 2020 05:17PM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 05:19PM

PARIS: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengeluarkan ramalan suram mengenai keseluruhan industri penerbangan.

Dalam laporan terbarunya, IATA menyatakan tahun ini merupakan tahun paling buruk dalam sejarah industri tersebut.

Kerugian bersih yang dialami industri penerbangan dijangka mencecah AS$84 bilion tahun ini dan AS$15 bilion tahun depan.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan COVID-19 serta perintah berkurung dan sekatan-sekatan lain berhubung pandemik tersebut.

Kerugian itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan kerugian AS$31 bilion yang dialami antara tahun 2008 hingga 2009 disebabkan oleh Krisis Kewangan Global dan kenaikan harga minyak.

IATA menjangkakan jumlah penumpang pesawat akan meningkat 55 peratus pada tahun 2021.

Sungguhpun demikian, ia hanya membentuk sepertiga daripada jumlah penumpang yang dicatatkan pada tahun 2019.

Ketua IATA berkata industri itu sudah bersedia untuk meneruskan operasi.

Walaupun berlakunya gelombang kedua COVID-19, IATA berharap pemerintah-pemerintah akan dapat menangani keadaan tanpa melaksanakan perintah sekatan perjalanan. 

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan