Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kereta elektrik Apple mungkin dilancar seawal 2025: Laporan

Apple Inc sedang berusaha keras untuk melancarkan kereta elektriknya seawal 2025 dan menumpukan semula projek itu kepada keupayaan pergerakan tanpa pemandu sepenuhnya, lapor Bloomberg News pada Khamis (18 Nov), memetik sumber yang rapat dengan perkara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta elektrik Apple mungkin dilancar seawal 2025: Laporan

Gambar fail logo Apple di Amerika Syarikat pada 14 Sep 2021. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2021 08:10AM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 12:46PM

AMERIKA SARIKAT: Apple Inc sedang berusaha keras untuk melancarkan kereta elektriknya seawal 2025 dan menumpukan semula projek itu kepada keupayaan pergerakan tanpa pemandu sepenuhnya, lapor Bloomberg News pada Khamis (18 Nov), memetik sumber yang rapat dengan perkara itu.

Saham pembikin iPhone itu naik hampir tiga peratus untuk mencecah rekod baru menyusuli laporan itu.

Kereta ideal Apple tidak akan ada stereng dan injak-injak, dengan bahagian dalamannya direka untuk membolehkan pemanduan tanpa menggunakan tangan, menurut laporan itu.

Usaha automotif syarikat itu, yang dikenali sebagai Project Titan, tidak berjalan lancar sejak 2014 apabila ia mula mereka bentuk kenderaan dari awal.

Permintaan bagi kenderaan elektrik melonjak ketika negara-negara dan pengguna kian peka terhadap alam sekitar, melonjakkan nilai pasaran syarikat seperti Tesla dan Rivian jauh melebihi pengeluar kereta tradisional yang wujud selama beberapa dekad lebih lama.

"Ini soal bila, bukan jika," kata penganalisis Wedbush Dan Ives, sambil menambah bahawa kemungkinan Apple melancarkan keretanya sendiri menjelang 2025 adalah 60 peratus hingga 65 peratus.

Laporan Bloomberg menyatakan sesetengah orang yang terlibat dengan projek itu ragu-ragu tentang garis masa tersebut walaupun dengan kemajuan yang ditunjukkan baru-baru ini, termasuk sistem pandu kendiri asas, cip pemproses dan sensor canggih.

Apple enggan mengulas mengenai laporan itu.

Reuters sebelum ini melaporkan pada Disember bahawa Apple menyasarkan 2024 untuk menghasilkan kenderaan penumpang yang mungkin dilengkapi teknologi bateri canggihnya sendiri.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan