Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kemudahan khas penumpang pesawat privet jadikan Seletar 'hab' pasaran mewah

Satu kemudahan khas bagi penumpang jet privet yang tiba dan berlepas dari Singapura bertujuan membangunkan Lapangan Terbang Seletar sebagai "hab" pasaran mewah. Dengan proses lebih pantas, para penumpang boleh menjangkakan berada di BAC kurang dari 10 minit dari waktu ketibaan hingga menaiki jet.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemudahan khas penumpang pesawat privet jadikan Seletar 'hab' pasaran mewah

Pusat Penerbangan Perniagaan (BAC) di Lapangan Terbang Seletar (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 11:19PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 11:29PM

SINGAPURA: Satu kemudahan khas bagi penumpang jet privet yang tiba dan berlepas dari Singapura bertujuan membangunkan Lapangan Terbang Seletar sebagai "hab" pasaran mewah.

Pusat penerbangan perniagaan (BAC) yang didedahkan kepada media pada Selasa (11 Jun), mempunyai kawasan perhentian privet, ruang istirehat, kaunter pemeriksaan keselamatan imigresen tersendiri serta khidmat-khidmat peribadi yang lain.

Dengan proses lebih pantas, para penumpang boleh menjangkakan berada di BAC kurang dari 10 minit dari waktu ketibaan hingga menaiki jet.

Ini kemudahan terbaru yang dibuka di Lapangan Terbang Seletar sejak terminal penumpangnya yang bernilai S$80 juta mula menyambut penumpang perniagaan pada November 2018. Berukuran 10,000 meter persegi, terminal dua tingkat itu boleh menampung sekitar 700,000 penumpang setahun.

Penumpang perniagaan adalah sebahagaian penting pembangunan Seletar, yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran penerbangan privet dan perniagaan selain membebaskan ruang di Lapangan Terbang Changi.

Sejak November 2018, SATS Seletar Aviation Services (SSAS) mengendali lebih 4,000 penerbangan di lapangan terbang itu. Sekitar 70 peratus daripadanya adalah penerbangan perniagaan.

"Penumpang pesawat privet selalunya mempunyai jadual padat dan kerap terbang," menurut pengerusi SSAS, Bob Chi. "Penjimatan masa dalam perjalanan adalah penting bagi para penumpang ini."

Pusat penerbangan perniagaan itu dikendali oleh SSAS, satu syarikat usaha bersama antara SATS dengan Jet Aviation and Universal Aviation. Ia beroperasi sejak November tahun lalu dan mengendali sekitar 30 penerbangan privet sehari.

Lapangan Terbang Seletar juga mengendali penerbangan komersil oleh syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, Firefly.

Tambah Encik Chi: "Kami menyasarkan pertumbuhan sekitar lima peratus setahun, jadi ada potensi. Diharapkan kemudahan terbaru ini akan menggalakkan lebih banyak pengendali pesawat privet untuk menjadikan Seletar sebagai pangkalan penerbangan mereka."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan