Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kemajuan dalam konflik dagangan AS-China "ambil masa" kata Chan Chun Sing

Kemajuan dalam konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China akan "mengambil masa". Ini disebabkan kekurangan kepercayaan strategik dan cara kedua-dua negara sedang menangani isu dalaman masing-masing, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2019 03:04PM Dikemas Kini : 05 Jun 2019 12:40AM

SINGAPURA: Kemajuan dalam konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China akan "mengambil masa". Ini disebabkan kekurangan kepercayaan strategik dan cara kedua-dua negara sedang menangani isu dalaman masing-masing, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing.

Encik Chan bercakap di satu sesi dialog yang diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang ASEAN 2019 Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) pada Selasa (4 Jun). Moderator bagi sesi itu ialah CEO SBF Ho Meng Kit, yang bertanya mengenai bagaimana peperangan dagangan antara kedua-dua negara besar itu boleh berkembang.

Menekankan bahawa "pandangan kedua-dua pihak terhadap satu sama lain semakin tegar", Encik Chan berkata bahawa Amerika Syarikat kini melihat China seperti "melakukan banyak ketidakadilan terhadap mereka", sedang ramai di China melihat Amerika Syarikat sebagai "cuba menghalang kemajuan dan pertumbuhannya".

"Oleh itu ada kekurangan kepercayaan strategik antara kedua-duanya dan itu akan mengambil masa untuk dihuraikan," katanya.

Kedua-dua negara juga bergelut dengan isu-isu dalaman mereka sendiri, tambah Encik Chan.

Bagi Amerika Syarikat, ia kini memberi tumpuan untuk mengekalkan ciri-ciri berdaya saing jangka panjang menerusi perusahaannya, kemahiran warganya dan pelaburan infrastruktur.

Manakala China sedang meninjau cara untuk menangani rentak pembangunan yang tidak sama rata antara bandar-bandar tahap pertama dengan kawasan-kawasan lain di negara itu. serta peruntukan sumber-sumber antara perusahaan swasta dengan firm-firma milik negara.

Mengenai sama ada Singapura akan berada dalam keadaan yang rapuh dan bagaimana ia patut mengharungi ketidaktentuan ini, Encik Chan berkata proses mempercepatkan pemindahan dalam rangkaian bekalan global dan rangkaian pengagihan "tidak dapat dielakkan".

Bagaimanapun ini mungkin bukan keprihatinan utama. "Asalkan kami... sensitif terhadap saluran (perdagangan) dan menuju ke arah saluran itu, masih ada urusan perniagaan yang boleh dilakukan," jelasnya.

Sumber : CNA/NA/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan