Images

Kelonggaran untuk syarikat anjur AGM secara maya dilanjutkan

SINGAPURA: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta mesyuarat-mesyuarat lain boleh terus diadakan secara online sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

Kementerian Undang-Undang (MinLAW) pada Selasa (6 Apr) menyatakan tempoh lanjutan itu akan memberi pertubuhan-pertubuhan lebih kepastian dari segi undang-undang untuk memilih mengadakan mesyuarat secara maya bagi mengurangkan interaksi fizikal di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kelonggaran itu sepatutnya berakhir Jun ini.

Sebelum pandemik, kehadiran seseorang secara fizikal dalam mesyuarat-mesyuarat penting selalunya diwajibkan mengikut undang-undang.

Namun sejak Mac lalu, syarikat-syarikat, pertubuhan amal serta entiti-entiti lain dibenarkan mengadakan mesyuarat menerusi kaedah elektronik.

MinLAW akan memberikan notis sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menamatkan aturan sedemikian.  

- CNA/NF/tq

Top