Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura tumbuh 11 bulan berturut-turut pada Mei

Kegiatan pengilangan Singapura terus mencatat pertumbuhan buat 11 bulan berturut-turut pada Mei, walaupun pada kadar pertumbuhan yang lebih perlahan kerana kesan langkah COVID-19 diketatkan terhadap sektor itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura tumbuh 11 bulan berturut-turut pada Mei

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2021 10:16PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 10:17PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura terus mencatat pertumbuhan buat 11 bulan berturut-turut pada Mei, walaupun pada kadar pertumbuhan yang lebih perlahan kerana kesan langkah COVID-19 diketatkan terhadap sektor itu.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) merosot 0.2 mata berbanding bulan lalu untuk mencatat kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 50.7, menurut perangkaan yang dikeluarkan hari ini (2 Jun) oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM).

Bacaan PMI melebihi 50 menandakan ekonomi perkilangan secara amnya berkembang sementara bacaan di bawah kadar itu menunjukkan penguncupan.

Bacaan PMI bulan Mei disebabkan oleh kadar pertumbuhan lebih perlahan dalam indeks pesanan baru, eksport baru dan pengambilan pekerja, menurut SIPMM.

Indeks penghantaran pembekal kembali ke paras pertumbuhan marginal manakala indeks inventori, harga pengeluaran dan tunggakan pesanan mencatat kadar pertumbuhan lebih pantas.

Indeks pengambilan pekerja secara keseluruhan kini mencatatkan pertumbuhan selama tiga bulan berturut-turut, menurut SIPMM, sambil menambah bahawa tunggakan pesanan kini mencatat pertumbuhan selama 11 bulan berturut-turut.

PMI sektor elektronik menunjukkan kemerosotan 0.3 mata berbanding bulan lalu untuk mencatat kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 50.4. Ini merupakan bulan ke-10 sektor itu mencatat pertumbuhan, menurut SIPMM.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan