Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura mula pulih pada Nov namun masih bawah paras pertumbuhan

Kegiatan pengilangan di Singapura mengecut buat tujuh bulan berturut-turut pada November tetapi rentak penguncupannya lebih perlahan berbanding bulan Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura mula pulih pada Nov namun masih bawah paras pertumbuhan

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 10:21PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 10:24PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan di Singapura mengecut buat tujuh bulan berturut-turut pada November tetapi rentak penguncupannya lebih perlahan berbanding bulan Oktober.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi bulan November, yang mengukur sentimen dan kegiatan pengilangan menunjukkan bacaan 49.8 mata, menurut data yang dikeluarkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) hari ini (3 Dis).

Bacaan itu satu peningkatan berdasarkan bacaan Oktober iaitu 49.6 mata tetapi kurang daripada bacaan 50.0 mata yang membezakan tanda awal pertumbuhan daripada penguncupan.

Meskipun sektor elektronik menguncup buat 13 bulan berturut-turut, bacaan PMI sektor tersebut naik 0.4 mata kepada 49.7. Ini disebabkan oleh penguncupan yang lebih perlahan bagi tempahan baru, eksport baru, hasil pengeluaran dan pekerjaan serta juga bekalan yang berkembang dengan lebih cepat.

Ketua Kajian dan Strategi OCBC Selena Ling berkata kebimbangan mengenai ketegangan perang dagangan yang berlarutan hingga ke tahun depan mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada bacaan PMI November.

Satu lagi faktor katanya adalah ramalan makroekonomi yang lebih berhati-hati bagi 2020.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan