Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura berkembang pada rentak paling rancak sejak Mac tahun lalu

Kegiatan pengilangan Singapura pada bulan Oktober berkembang pada rentak terpantas sejak Mac tahun lalu sedang permintaan terus bertambah baik di tengah-tengah krisis COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura berkembang pada rentak paling rancak sejak Mac tahun lalu

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 10:03PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 10:04PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura pada bulan Oktober berkembang pada rentak terpantas sejak Mac tahun lalu sedang permintaan terus bertambah baik di tengah-tengah krisis COVID-19. Ia satu petanda pemulihan mantap sektor pengilangan secara keseluruhan.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) naik 0.2 mata dari bulan September kepada 50.5 pada Oktober sekaligus menandakan peningkatan bulan keempat berturut-turut dan bacaan tertinggi sejak Mac 2019, menurut data oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Selasa (3 Nov).

Bacaan PMI melebihi 50 menandakan ekonomi pengilangan secara amnya berkembang sementara bacaan di bawah kadar itu menunjukkan penguncupan.

"Bacaan PMI Oktober adalah satu kepastian pemulihan keseluruhan bagi sektor pengilangan," kata Naib Presiden Pelibatan dan Pembangunan Industri SIPMM Cik Sophia Poh.

Bacaan bulan Oktober dipacu oleh pesanan baru, eksport baru dan hasil pengeluaran.

Namun begitu, jumlah pekerjaan secara keseluruhan terus menguncup buat sembilan bulan berturut-turut meskipun pada kadar yang lebih perlahan.

Indeks penghantaran pembekal juga menyaksikan kadar penguncupan yang lebih perlahan sementara stok barangan siap, import, harga pengeluaran barangan dan pesanan tertunggak mencatat pengembangan pada kadar lebih rancak.

PMI sektor elektronik naik 0.1 mata dari bulan lalu kepada 51 pada Oktober iaitu pengembangan bulan tiga bulan berturut-turut bagi sektor berkenaan dan bacaan tertinggi sejak September 2018. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan