Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keadaan ekonomi halang PH kotakan janji manifesto

Menteri Ehwal Luar Malaysia yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah mengakui ada beberapa perkara dalam manifesto parti itu yang dijanjikan akan dilaksanakan dalam dempoh 100 hari sukar ditunaikan, sebaliknya memerlukan tempoh lebih lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan ekonomi halang PH kotakan janji manifesto

Bendera Pakatan Harapan. (Gambar: CNA/Twitter)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 03:03PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 11:58PM

KUANTAN: Menteri Ehwal Luar Malaysia yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah mengakui ada beberapa perkara dalam manifesto parti itu yang dijanjikan akan dilaksanakan dalam dempoh 100 hari sukar ditunaikan, sebaliknya memerlukan tempoh lebih lama.

Ini disebabkan keadaan ekonomi dan kewangan yang diambil alih daripada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini lebih 'teruk' daripada apa yang disangkakan, kata Encik Saifuddin.

"Dalam masa 100 hari, ada 10 janji yang kita sebutkan dalam Manifesto PH… ada perkara yang sudah kita laksanakan, ada perkara yang sedang diusahakan dan ada perkara yang baru kita mulakan.

"Ia satu janji yang kita tetap akan tunaikan, tetapi saya harap rakyat Malaysia memahami keadaannya sangat teruk sehingga ada satu dua janji sukar dilaksanakan dalam 100 hari, mungkin dapat dilaksanakan dalam masa satu dua tahun," katanya.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika berucap di majlis Jamuan Malam Sambutan Ulangtahun ke-43 Gabungan Persatuan Tionghua Kuantan di sini malam tadi.

Beliau menambah, antara beberapa janji yang memerlukan sedikit masa lagi untuk ditunaikan ialah pemberian kad pengenalan kepada rakyat Malaysia yang masih belum memilikinya.

"Ada yang harus tunggu, contohnya GST diganti dengan SST, kena tunggu Dewan Negara dahulu dan ada beberapa perkara lain lagi yang akan ambil sedikit masa sebab ia melibatkan banyak peraturan dan sebagainya tetapi yang penting 10 janji itu sudah diusahakan.

"... dalam soal menghapuskan tol, ia dalam janji yang ambil tempoh masa, memang kita akan hapuskan tetapi mungkin berperingkat kerana melibatkan perkiraan yang lebih terperinci, tetapi sedaya upaya kita cuba mengotakan janji," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan