Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kapasiti penumpang SIA Group naik ke paras 34% sebelum pandemik dek VTL

Kumpulan syarikat Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Isnin (15 Nov) bahawa kapasiti penumpang beransur pulih kepada 34 peratus tahap sebelum pandemik pada Oktober di tengah-tengah "penyambungan semula perjalanan" sedang Singapura meluaskan skim perjalanan tanpa kuarantin.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapasiti penumpang SIA Group naik ke paras 34% sebelum pandemik dek VTL

(Gambar: Roslan RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 08:32AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 08:34AM

SINGAPURA: Kumpulan syarikat Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Isnin (15 Nov) bahawa kapasiti penumpang beransur pulih kepada 34 peratus tahap sebelum pandemik pada Oktober di tengah-tengah "penyambungan semula perjalanan" sedang Singapura meluaskan skim perjalanan tanpa kuarantin.

Singapura melancarkan Laluan Perjalanan Penumpang yang Sudah Divaksin (VTL) pertamanya bersama Jerman dan Brunei pada September. Sejauh ini, Singapura sudahpun melancarkan 13 VTL termasuk bersama Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

Ia juga akan melancarkan VTL bersama Malaysia, Finland dan Sweden pada 29 November. Lebih banyak lokasi, termasuk Indonesia dan Arab Saudi diumumkan pada Isnin, membawa jumlah keseluruhan negara di bawah skim itu kepada 21.

"Ini membolehkan penyambungan semula berkesan antara Singapura dengan negara-negara tersebut sekali gus membawa kepada bertambahnya penumpang di laluan-laluan perjalanan tersebut."

SIA Group termasuk daripada SIA dan Scoot.

Pada Oktober, kapasiti penumpangnya naik 6 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut SIA.

Trafik penumpang pula meningkat 13.9 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Syarikat-syarikat penerbangan di bawah SIA Group mengangkut sekitar 189,700 penumpang pada Oktober berbanding 49,000 pada bulan yang sama tahun lalu. Dalam kalangan penduduk yang menaiki pesawat-pesawatnya, 165,500 menaiki SIA dan 24,200 menaiki Scoot.

SIA Group minggu lalu melaporkan kerugian lebih rendah pada suku kedua menyusuli usaha mengurangkan kos, hasil kargo yang tinggi dan penambahan kepada bilangan penumpang berbanding unjuran lebih rendah.

Kerugian bersih sebanyak S$427.6 juta bagi tempoh tiga bulan hingga 30 September lebih rendah berbanding rekod kerugian S$2.34 bilion tahun lalu apabila sekatan COVID-19 menjejas teruk perjalanan udara dan syarikat dibebani kos tinggi kerosakan pesawat lebih tua.

Setakat akhir Oktober, rangkaian penumpang kumpulan syarikat itu meliputi 66 destinasi termasuk Singapura.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan