Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kajian: Bangunan bersejarah yang diwartakan boleh naikkan nilai rumah berdekatan

Apabila sebuah bangunan bersejarah diwartakan untuk dipulihara di negara sini, nilai hartanah rumah-rumah privet berdekatan secara umumnya meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian: Bangunan bersejarah yang diwartakan boleh naikkan nilai rumah berdekatan

Sebuah bangunan bersejarah yang diwartakan di Singapura. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Dec 2019 09:00PM Dikemas Kini : 26 Dec 2019 09:02PM

SINGAPURA: Apabila sebuah bangunan bersejarah diwartakan untuk dipulihara di negara sini, nilai hartanah rumah-rumah privet berdekatan secara umumnya meningkat, menurut satu kajian baru yang dijalankan.

Ini walaupun hartanah bersejarah itu bergantung kepada beberapa panduan untuk mengekalkan warisan bangunan tersebut yang berpotensi untuk merosotkan nilai pasaran memandangkan peraturan itu mengehadkan pembangunan serta kos penyenggaraan yang meningkat.

Diterbitkan secara online di ScienceDirect bulan lalu, kajian empirikal yang dijalankan pakar perancang bandar Tan Shin Bin, seorang tutor kanan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan Penolong Profesor Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura Dr Edward Ti, mengkaji lebih sejuta urus niaga rumah jualan semula dari 1997 hingga 2017. Mereka mendapati pemuliharaan bangunan menyebabkan peningkatkan kepada nilai hartanah.

Mereka turut mendapati kesan berkenaan lebih ketara di hartanah perumahan yang terletak antara 800m hingga 1.6km dari tapak pemuliharaan. Kesan positif itu semakin berkurangan jika jarak dari tapak pemuliharaan semakin berjauhan.

Lebih 7,000 bangunan diwartakan sejak program pemuliharaan Singapura bermula pada 1970-an, menurut laman Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA). Antara contoh kawasan perumahan privet yang mempunyai jumlah bangunan diwartakan yang banyak termasuk Joo Chiat, Balestier dan Geylang.

Dalam satu zon yang dikaji para penyelidik meliputi lebih 3,200 kod pos di bahagian tengah Singapura, rumah-rumah privet yang terletak di antara 800m hingga 1.2km dari sebuah tapak pemuliharaan menyaksikan peningkatan dalam harga penjualan iaitu sekitar $480 meter persegi semasa tahun tapak itu diwartakan dan tambahan $378 meter persegi tiga tahun kemudian.

Kesan itu bagaimanapun tidak ketara terhadap flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) walaupun ada tambahan $83 meter persegi kepada harga jualan semula rumah awam tahun yang sama tapak berkenaan diwartakan dan tiada kenaikan yang besar tiga tahun selepas itu, kata Dr Ti.

Sebagai contoh, kawasan sekitar tapak pemuliharaan Rochester Park, yang terletak di Buona Vista dan diwartakan pada 2010, menyaksikan nilai jualan semula naik sehingga $11.8 juta tahun itu dan tambahan $10.4 juta tiga tahun seterusnya.

Kajian itu bagaimanapun tidak melihat kepada nilai tapak pemuliharaan itu sendiri.

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan