Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar pengangguran di S'pura naik 2.3% pada 2019

Kadar pengangguran meningkat tahun lalu di tengah-tengah ekonomi yang mencabar. Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menyifatkannya sebagai satu "keprihatinan" tetapi bukan "membimbangkan".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2020 03:18PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 12:05AM

SINGAPURA: Kadar pengangguran meningkat tahun lalu di tengah-tengah ekonomi yang mencabar. Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menyifatkannya sebagai satu "keprihatinan" tetapi bukan "membimbangkan".

Kadar purata bagi pengangguran tahunan Singapura naik kepada 2.3 peratus tahun lalu berbanding 2.1 peratus pada 2018. Ia tidak berubah pada tiga bulan terakhir tahun lalu selepas mencatat peningkatan pada suku-suku sebelumnya. Demikian menurut perangkaan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) melalui Laporan Pasaran Buruh hari ini (30 Jan).

Kadar pengangguran penduduk meningkat kepada 3.2 peratus tahun lalu berbanding 2.9 peratus pada 2018 manakala kadar pengangguran rakyat Singapura kekal pada 3.3 peratus, berbanding 3 peratus sebelum itu.

Penolong Setiausaha Agung NTUC Patrick Tay berkata bahawa cabaran struktur seperti pekerjaan yang tidak sepadan dengan kemahiran terus menjadi punca utama pengangguran di Singapura.

Encik Tay berkata beliau "mengalu-alukan" lebih banyak sokongan dan dana buat rakyat Singapura dalam Belanjawan akan datang, terutama sekali di tengah-tengah keadaan ekonomi yang mencabar.

"Bantuan harus disediakan dalam pelbagai bentuk dan cara yang disasarkan kepada para pekerja (terutama yang lebih mapan dan golongan PME) serta para majikan (termasuk SME) agar dapat bersedia menghadapi dan mengatasi gelombang perubahan dan cabaran," tambahnya.

PENGAMBILAN PEKERJA TETAP BERTAMBAH

Pengambilan pekerja tetap bertambah tahun lalu meskipun Singapura menghadapi cabaran ekonomi sepanjang tahun dan ketidaktentuan yang dijangka berterusan, menurut MOM.

Pengambilan pekerja (tidak temasuk pembantu rumah warga asing) melonjak 16,600 dari Oktober hingga Disember lalu. Ia berkurangan berbanding suku sebelumnya iaitu 21,700 tapi lebih banyak tinggi berbanding 2018.

Dengan itu, pertumbuhan pengambilan pekerja secara keseluruhan pada 2019 mencecah 55,200, menurut MOM.

PEMBERHENTIAN PEKERJA RENDAH SEDIKIT

Pemberhentian pekerja tahun lalu pula rendah sedikit berbanding 2018. 

MOM menyatakan bahawa terdapat 10,700 pemberhentian pekerja tahun lalu berbanding 10,730 pada tahun sebelumnya.

Bercakap kepada media hari ini (30 Jan), Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menarik perhatian bahawa meskipun kadar pengangguran meningkat sejak 2018 dengan kadar pengangguran penduduk dan rakyat Singapura pada paras sekitar 3 peratus, kadar tersebut tetap lebih rendah berbanding 4 hingga 5 peratus yang dicatatkan sedekad yang lalu.

"Daripada sudut padangan sedemikian, kadar pengangguran bagi 2019 menjadi keprihatinan tapi bukan membimbangkan," kata Cik Teo. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan