Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar inflasi teras S'pura naik 0.5% berbanding tempoh sama tahun lalu

Indeks harga pengguna Singapura terus meningkat bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar inflasi teras S'pura naik 0.5% berbanding tempoh sama tahun lalu

Pelabuhan kontena Pasir Panjang di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 23 Apr 2021 06:12PM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 06:14PM

SINGAPURA: Indeks harga pengguna Singapura terus meningkat bulan lalu.

Kadar inflasi teras naik setengah peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan selepas kenaikan 0.2 peratus pada bulan Februari.

Inflasi keseluruhan juga meningkat kepada 1.3 peratus berbanding bulan Februari.

Ia dipacu oleh kos pengangkutan privet dan perkhidmatan yang lebih tinggi kerana kenaikan harga kereta dan minyak.

Kos jualan runcit dan barangan lain pula terus merosot, namun pada rentak lebih perlahan berbanding Februari.

Pemerintah meramalkan kadar inflasi akan terus naik.

Bagi seluruh tahun ini kadar inflasi teras dijangka antara 0 peratus hingga 1 peratus manakala inflasi utama antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan