Images
  • jungle venture
    Laman web Jungle Ventures.

Jungle Ventures berjaya pikat pelaburan S$327 juta termasuk Temasek Holdings

SINGAPURA: Firma Singapura, Jungle Ventures, menyatakan pada Rabu (30 Okt) ia sudahpun meraih AS$240 juta (S$327 juta) daripada para pelabur, termasuk Temasek Holdings, bagi pusingan pendanaan ketiga yang bertujuan untuk menyokong syarikat-syarikat pemula Asia Tenggara. Ini sekali gus menyerlahkan minat yang kian meningkat terhadap firma-firma teknologi di rantau ini.

Dana terkini Jungle Ventures dikumpulkan apabila bilangan firma modal usaha sama, termasuk Vertex Ventures dan Golden Gate Ventures, mengadakan kutipan dana yang tertumpu kepada rantau tersebut tahun ini.

Para pelabur menaruh harapan yang tinggi pada potensi pasaran Asia Tenggara dengan penduduk seramai 640 juta orang, yang kini banyak bergantung kepada aplikasi online dan menggunakan telefon bijak untuk membeli-belah, berulang-alik serta membuat pembayaran.

Ekonomi Internet rantau ini diramal berkembang kepada AS$300 bilion (S$408 bilion) menjelang 2025 daripada anggaran AS$100 bilion (S$136 bilion) tahun ini, menurut satu laporan oleh Google, Temasek dan firma runding cara Bain & Co.

Lebih 90 peratus modal disumbangkan oleh para pelabur institusi dengan sekitar 60 peratus daripadanya datang dari luar Asia - kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Eropah, rakan kongsi pengurusan Jungle Ventures, Amit Anand memberitahu Reuters.

Portfolio Jungle Ventures termasuk penempahan hotel Singapura dan laman pengurusan RedDoorz, penyedia perisian berasaskan pengkomputeran awan, Deskers, platform kajian, Smartkarma, dan syarikat pemula e-dagang fesyen Thailand, Pomelo Fashion. 

- REUTERS/FZ/fz

Top