Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah penumpang SIA merosot 96.6%, namun 'pengembangan' dijangkakan

Keseluruhan jumlah penumpang Singapore Airlines (SIA) Group pada Februari merosot sebanyak 96.6 peratus berbanding setahun lalu, sedang permintaan bagi perjalanan udara terus "menjadi sangat lemah" kerana COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penumpang SIA merosot 96.6%, namun 'pengembangan' dijangkakan

Beberapa teknisyen memeriksa pesawat Airbus A350-900 SIA di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 16 Mar 2021 10:01AM Dikemas Kini : 16 Mar 2021 10:07AM

SINGAPURA: Keseluruhan jumlah penumpang Singapore Airlines (SIA) Group pada Februari merosot sebanyak 96.6 peratus berbanding setahun lalu, sedang permintaan bagi perjalanan udara terus "menjadi sangat lemah" kerana COVID-19.

Namun syarikat itu bersikap optimis di tengah-tengah kempen vaksinasi global, terutama sekali dalam pasaran-pasaran utamanya.

"Kadar vaksinasi yang meningkat ... menyokong sikap optimis namun berwaspada bagi pemulihan terkawal dalam permintaan bagi perjalanan udara pada separuh kedua 2021," menurut kumpulan itu sedang ia mengumumkan hasil operasi bagi Februari pada Isnin (15 Mac).

Jumlah penumpang SIA merosot 96 peratus dari tahun ke tahun pada Februari manakala jumlah penumpang SilkAir merosot 97.3 peratus dari tahun ke tahun.

Pesawat tambang rendah Scoot pula mencatatkan jumlah penumpang yang merosot sebanyak 98.8 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Pada Februari, SIA meneruskan dengan operasi rangkaian serupa seperti bulan sebelumnya, menghubungkan Singapura kepada 40 bandar metro.

SilkAir menambah Phuket kepada senarai destinasi dalam rangkaiannya dan masih terus menawarkan penerbangan ke Chongqing, Kathmandu, Kuala Lumpur, Male, Medan dan Phnom Penh.

Jumlah destinasi yang ditawarkan oleh Scoot pada Februari kekal sebanyak 17, termasuk Singapura.

Penerbangan ke Asia Selatan dan Eropah terus digantung.

Kesemua daerah laluan penerbangan yang dikendalikan oleh SIA Group terus mencatatkan jumlah kenaikan rekod dari tahun ke tahun bagi faktor muatan kargo pada Februari.

KHIDMAT PENERBANGAN DISAMBUNG SEMULA

SIA Group menjangkakan untuk melihat "pengembangan rangkaian penumpang yang disesuaikan" dalam beberapa bulan mendatang, katanya. Syarikat itu menjangkakan jumlah penumpang berada pada sekitar tahap sebelum COVID-19 iaitu sebanyak 26 peratus menjelang Mei.

SIA akan menyambung semula khidmat penumpang berjadual ke Tokyo pada bulan ini dan menawarkan khidmat ulang-alik ke Taipei di samping Scoot mulai April, menurut syarikat itu. SilkAir akan menyambung semula khidmat penerbangan ke Cebu pada bulan ini.

"SIA Group kekal berdaya bingkas dan fleksibel dalam menguruskan rangkaian ini, dan mempunyai keupayaan untuk mengembangkan keupayaan dengan cepat bagi menampung kenaikan permintaan," tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan