Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah penumpang SIA Group junam 97.3% pada Januari

Jumlah keseluruhan penumpang yang dibawa SIA Group bagi Januari merosot sebanyak 97.3 peratus berbanding setahun lalu, sedang permintaan bagi perjalanan udara terus "amat rendah" kerana kawalan sempadan dan sekatan perjalanan di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penumpang SIA Group junam 97.3% pada Januari

Beberapa teknisyen memeriksa pesawat Airbus A350-900 SIA di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2021 08:27AM Dikemas Kini : 16 Feb 2021 08:28AM

SINGAPURA: Jumlah keseluruhan penumpang yang dibawa SIA Group bagi Januari merosot sebanyak 97.3 peratus berbanding setahun lalu, sedang permintaan bagi perjalanan udara terus "amat rendah" kerana kawalan sempadan dan sekatan perjalanan di seluruh dunia.

"Beberapa pemerintah memperketatkan lagi langkah dalam tindak balas kepada gelombang jangkitan baru, dan dalam percubaan untuk membendung penularan jenis-jenis baru COVID-19," menurut syarikat itu ketika mengumumkan hasil operasinya bagi Januari pada Isnin (15 Feb).

Jumlah penumpang yang dibawa SIA merosot sebanyak 96.7 peratus pada Januari berbanding setahun lalu, manakala jumlah penumpang bagi SilkAir menjunam 98.4 peratus berbanding setahun lalu.

Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot juga menyaksikan jumlah penumpang menjunam sebanyak 99 peratus dari tahun ke tahun.

Pada Januari, SIA menyambung semula penerbangan ke Dubai, Moscow dan Munich, dan buat sementara waktu menggantung khidmat ke Surabaya dan Taipei. Jumlah penerbangan ke Amerika Syarikat pula meningkat.

SilkAir terus mengendalikan penerbangan ke Chongqing, Kathmandu, Kuala Lumpur, Male, Medan dan Phnom Penh, manakala penerbangan ke Cebu digantung buat sementara daripada rangkaian tersebut.

Kesemua khidmat laluan penerbangan yang ditawarkan oleh SIA Group terus mencatatkan kenaikan dari tahun ke tahun dari segi faktor muatan kargo pada Januari.

"SIA Cargo mencatatkan jumlah rekod faktor muatan kargo bulanan sebanyak 89.2 peratus pada Januari setelah faktor muatan kargo naik sebanyak 37 peratusan mata berbanding setahun lalu. Pergerakan kargo pula merosot 17.6 peratus disebabkan oleh penguncupan keupayaan menampung sebanyak 51.8 peratus," menurut kumpulan itu.

"Setahun selepas virus COVID-19 mula menular di seluruh dunia, pelancaran vaksin secara global di kebanyakan negara termasuk Singapura memberi harapan bahawa pandemik itu dan kesannya yang teruk terhadap industri penerbangan mungkin akan berakhir," tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan