Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah dagangan S'pura naik 9.2% kepada S$1.1 trilion tahun lalu

Secara keseluruhannya perdagangan bagi barangan dagangan Singapura naik 9.2 peratus mencecah S$1.1 trilion pada tahun lalu, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah dagangan S'pura naik 9.2% kepada S$1.1 trilion tahun lalu

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 04:06PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 04:08PM

SINGAPURA: Secara keseluruhannya perdagangan bagi barangan dagangan Singapura naik 9.2 peratus mencecah S$1.1 trilion pada tahun lalu, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Feb).

Perangkaan itu jauh lebih tinggi berbanding S$967 bilion pada tahun sebelumnya dan S$870 bilion pada 2016, menurut agensi perdagangan Enterprise Singapore

Eksport tumbuh 7.9 peratus tahun lalu manakala import meningkat 10.6 peratus.

Perdagangan minyak melonjak 16.8 peratus di tengah-tengah harga minyak yang lebih tinggi, namun tidak serancak berbanding peningkatan 36 peratus pada 2017, menurut agensi itu. Perdagangan bukan minyak pula tumbuh 7.3 peratus pada 2018 berbanding 6.4 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada suku terakhir 2018, perdagangan secara keseluruhannya naik 9.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, merosot berbanding pertumbuhan 14.7 peratus pada suku ketiga.

Perdagangan minyak tumbuh 12.8 peratus pada suku keempat, selepas melonjak 28.2 peratus pada suku sebelumnya. Perdagangan bukan minyak pula tumbuh 8.3 peratus berbanding 11.7 peratus pada suku sebelumnya.

PERTUMBUHAN EKSPORT BUKAN MINYAK LEBIH PERLAHAN

Eksport bukan minyak (NOX), termasuk eksport domestik bukan minyak (NODX) dan eksport semula bukan minyak (NORX), tumbuh 6.5 peratus tahun lalu, menyusuli pertumbuhan 6.8 peratus pada 2017.

Pada suku keempat sahaja, NOX mengembang sebanyak 6.9 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama setahun sebelum itu. Ini berbanding pertumbuhan 10.3 peratus pada suku sebelumnya.

NODX tumbuh 4.2 peratus pada 2018, susut dari 8.8 peratus pada 2017, dengan eksport bukan elektronik menjangkaui kemerosotan eksport elektronik.

Namun pada suku terakhir, NODX menguncup 1.1 peratus berbanding pertumbuhan 8 peratus pada suku ketiga. Ini diakibatkan kemerosotan pada penghantaran elektronik dan bukan elektronik, menurut Enterprise Singapore.

Menurut agensi itu lagi, perdagangan khidmat secara keseluruhannya sudah lebih perlahan dengan pertumbuhan 11.7 peratus yang dicatatkan pada 2017 merosot 2.3 peratus pada 2018, mencecah S$500.4 bilion.

MTI mengekalkan unjuran tahun ini kepada antara sifar dengan 2 peratus bagi kedua-dua perdagangan barangan dagangan dan NODX.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan