Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura turun 6% pada Dis

Penjualan runcit di Singapura merosot 6 peratus pada Disember tahun lalu berbanding bulan yang sama pada 2017, menurut kenyataan Jabatan Statistik (Singstat) pada Selasa (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Feb 2019 02:48PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 11:38PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura merosot 6 peratus pada Disember tahun lalu berbanding bulan yang sama pada 2017, menurut kenyataan Jabatan Statistik (Singstat) pada Selasa (12 Feb).

Penjualan runcit turun 3.4 peratus berdasarkan bulan ke bulan. Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit turun 3 peratus berbanding setahun sebelumnya dan 4.1 peratus jika berbanding Nov 2018.

Penjualan bagi semua sektor runcit merosot berbanding setahun lalu kecuali barangan perubatan dan kelengkapan dandanan diri yang meningkat 1.8 peratus.

Penjualan kenderaan bermotor mengalami kemerosotan paling ketara, iaitu sebanyak 20.7 peratus berbanding setahun sebelumnya, diikuti dengan komputer dan peralatan telekomunikasi yang penjualannya merosot 16.8 peratus.

Penjualan di gedung beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual pakaian, kasut, perabot, peralatan rumah, barangan riadah, jam tangan dan perhiasan serta barangan optik dan buku-buku juga merosot antara 0.4 dengan 5.8 peratus.

Berdasarkan bulan ke bulan, penjualan di pasar raya dan pasar raya gergasi serta komputer, peralatan telekomunikasi, barangan optik dan buku, meningkat yang antara 0.5, 2.5 dengan 2.9 peratus.

Semua penjualan dalam sektor Makanan & Minuman (F&B) naik antara 2.5 dengan 6.6 peratus berbanding setahun sebelumnya, dengan pihak katerer melaporkan lonjakan terbesar.

Mengikut berbandingan bulan ke bulan, selain tempat makan seperti kafe yang mengalami kemerosotan 3.4 peratus, sektor lain tumbuh antara 0.3 peratus dengan 5 peratus.

Nilai penjualan runcit keseluruhannya pada Dis 2018 adalah sekitar S$4.3 bilion. Penjualan online membentuk sekitar 5.5 peratus perangkaan ini.

Dalam pada itu, khidmat F&B mengumpulkan sekitar S$925 juta, satu kenaikan berbanding S$886 juta pada Dis 2017.

Indeks Penjualan Runcit dan Indeks Khidmat Makanan dan Minuman (F&B) mengukur prestasi jangka pendek industri runcit dan F&B berdasarkan rekod penjualannya. Perangkaan penjualan tidak termasuk cukai seperti GST dan COE.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan