Images

Jualan runcit S’pura naik 5.2% pada Feb berbanding setahun lalu

SINGAPURA: Penjualan runcit bagi bulan Februari meningkat 5.2 peratus berbanding setahun lalu, dirangsang oleh perbelanjaan semasa Tahun Baru Cina.

Menurut para pakar, keadaan itu menunjukkan tanda-tanda pertama pemulihan perbelanjaan pengguna dengan jualan runcit secara keseluruhan bertambah baik semasa tempoh perayaan pada bulan Januari dan Februari.

Pendapatan para penjual jam tangan, barang kemas, pakaian serta kasut naik lebih 30 peratus, kemungkinan besar dirangsang oleh kegiatan membeli-belah musim perayaan.

Sebaliknya, jualan kosmetik, peralatan mandian serta barangan perubatan jatuh sehingga 19 peratus.

Dengan jualan online membentuk 10 peratus jualan keseluruhan, para pakar berkata perbelanjaan e-dagang kini sudah stabil.

Mereka menjangkakan kedai-kedai fizikal akan terus menarik sebahagian besar jualan keseluruhan terutama sekali apabila kegiatan ekonomi disambung semula. 

- CNA/NZ/na

Top