Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura merosot pada kadar paling pantas dalam 12 tahun

Jualan runcit Singapura pada Februari menjunam pada kadar paling pantas dalam lebih 12 tahun dari bulan ke bulan sedang kemerosotan dicatatkan bagi semua kategori seperti pakaian dan kosmetik akibat pandemik virus korona.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura merosot pada kadar paling pantas dalam 12 tahun

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 05:11PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 12:06AM

SINGAPURA: Jualan runcit Singapura pada Februari menjunam pada kadar paling pantas dalam lebih 12 tahun dari bulan ke bulan sedang kemerosotan dicatatkan bagi semua kategori seperti pakaian dan kosmetik akibat pandemik virus korona.

Berdasarkan penyesuaian musiman, jualan runcit merosot 8.9 peratus pada Februari berbanding bulan lalu, menurut Jabatan Statistik (Singstat) pada Jumaat (3 Apr). Ini adalah kemerosotan terbesar sejak Julai 2007.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit merosot 11.2 peratus berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan.

Berdasarkan perbandingan dari tahun ke tahun, jualan runcit jatuh 8.6 peratus. Tidak termasuk kenderaan bermotor, perangkaannya adalah -10.2 peratus.

Jualan runcit bagi kebanyakan kategori merosot, kecuali pasar raya, cawangan kedai, kenderaan bermotor dan perabot.

Berdasarkan bulan ke bulan, pakaian dan kasut menyaksikan kemerosotan terbesar iaitu -34.5 peratus, disusuli jam tangan dan barang kemas masing-masing pada -30.7 peratus dan gedung beli-belah pada -23.8 peratus.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan