Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura lonjak 79.7% pada Mei susuli asas perbandingan rendah semasa 'Circuit Breaker' 2020

Penjualan runcit di Singapura tumbuh 79.7 peratus pada Mei, dengan pertumbuhan disebabkan oleh asas perbandingan yang rendah pada tempoh yang sama tahun lalu apabila kedai fizikal ditutup semasa tempoh "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura lonjak 79.7% pada Mei susuli asas perbandingan rendah semasa 'Circuit Breaker' 2020

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 05:53PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 05:55PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura tumbuh 79.7 peratus pada Mei, dengan pertumbuhan disebabkan oleh asas perbandingan yang rendah pada tempoh yang sama tahun lalu apabila kedai fizikal ditutup semasa tempoh "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (5 Jul), pertumbuhan penjualan runcit pada Mei juga dicatat lebih tinggi berbanding kenaikan 54 peratus pada Jun.

"Pertumbuhan besar" pada Mei disebabkan oleh asas perbandingan yang rendah pada Mei tahun lalu, apabila Singapura melaksanakan tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan COVID-19 dan kedai fizikal ditutup selama sebulan, jelas Jabatan Perangkaan (SingStat).

Pada Mei 2020, penjualan runcit Singapura mencatat kemerosotan rekod 52.1 peratus dari tahun sebelumnya. Penurunan itu ini adalah yang paling teruk sejak 1986, mengatasi rekod sebelumnya pada April sebanyak 40.5 peratus.

Jualan runcit pada 2021 kekal di bawah "tahap sebelum COVID", kata SingStat.

Tidak termasuk penjualan kenderaan bermotor, penjualan runcit tumbuh 61.6 peratus pada Mei, berbanding pertumbuhan 39.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Penjualan runcit online bagi peralatan komputer dan telekomunikasi, perabot dan peralatan rumah, serta industri pasar raya dan pasar raya mega masing-masing membentuk 54.4 peratus, 30.7 peratus dan 12.1 peratus daripada jumlah penjualan industri masing-masing.

PERTUMBUHAN KETARA DARI TAHUN KE TAHUN

Semua industri runcit mencatatkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya, kecuali pasar raya dan pasar raya besar serta kedai serbaneka dan kedai runcit. Ini disebabkan oleh asas perbandingan yang rendah pada Mei 2020 apabila kebanyakan kedai fizikal ditutup selama sebulan.

Penjualan pasar raya dan pasar raya besar susut 12.1 peratus sementara penjualan kedai serbaneka susut 9.2 peratus pada Mei berbanding bulan yang sama pada 2020, disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi bagi barangan runcit tahun lalu ketika lebih ramai orang duduk di rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Penjualan jam tangan dan barang kemas mencatat pertumbuhan tertinggi berbanding semua industri, mencatat kenaikan sebanyak 2,090 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, kebanyakan industri runcit mencatat kemerosotan penjualan pada Mei ekoran pelaksanaan langkah-langkah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) bermula 16 Mei.

Nilai penjualan runcit pada Mei dianggarkan sekitar S$3.3 bilion, dengan penjualan runcit online membentuk 13.7 peratus berbanding 11.2 peratus yang dicatat pada April.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, nilai keseluruhan jualan runcit pada Mei adalah sekitar S$2.8 bilion, dengan penjualan runcit online membentuk 16.1 peratus.

PERTUMBUHAN JUALAN F&B

Penjualan perkhidmatan makanan & minuman (F&B) meningkat 46.4 peratus pada Mei 2021 berbanding tahun sebelumnya dan mencatat lonjakan 73.8 peratus daripada bulan Jun.

Bagaimanapun, jumlah penjualan F&B terus berada di bawah tahap sebelum COVID-19.

Berdasarkan penyesuaian musiman, penjualan F&B susut 14.1 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya, disebabkan oleh langkah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang berkuat kuasa sejak 16 Mei, apabila makan di kedai tidak dibenarkan.

Nilai jualan keseluruhan khidmat F&B pada Mei dianggarkan S$617 bilion, dengan penjualan F&B online membentuk 38.8 peratus.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding bulan lalu, apabila pertumbuhan 24.6 peratus dicatatkan, semasa lebih ramai orang memesan makanan secara online ketika makan di luar tidak dibenarkan dalam tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).

Semua industri perkhidmatan F&B, kecuali syarikat katering, mencatatkan pertumbuhan penjualan yang ketara pada Mei. Ini disebabkan oleh asas perbandingan yang rendah pada 2020 ketika perniagaan F&B hanya menjual untuk dibawa pulang atau menerusi penghantaran.

Penjualan khidmat katering menjunam 52.3 peratus pada Mei 2021 berbanding tempoh yang sama pada 2020, ketika terdapat permintaan lebih tinggi bagi makanan yang disediakan di dormitori pekerja asing.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, perniagaan di restoran, kafe, pusat makanan dan tempat makan lain, serta cawangan makanan segera, susut antara 1.5 peratus dengan 26.4 peratus pada Mei.

SingStat menyatakan ini kerana makan di luar tidak dibenarkan sejak 16 Mei. Penjualan bagi penyedia khidmat katering turut susut 3.6 peratus semasa tempoh itu. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan