Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura jatuh 8.9% pada Jun

Nilai penjualan runcit secara keseluruhannya dianggarkan S$3.5 bilion pada Jun, dengan penjualan online membentuk sekitar 5.5 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura jatuh 8.9% pada Jun

Gambar fail orang ramai di kawasan Orchard Road. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 04:23PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 04:25PM

SINGAPURA: Penjualan runcit Singapura merosot 8.9 peratus pada Jun 2019 berbanding setahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik (Singstat) pada Khamis (8 Ogos).

Nilai penjualan runcit secara keseluruhannya dianggarkan S$3.5 bilion pada Jun, dengan penjualan online membentuk sekitar 5.5 peratus.

Berdasarkan perbandingan dari bulan ke bulan, penjualan runcit merosot 2.2 peratus. Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit menokok 0.4 peratus, menurut kenyataan media Singstat.

Berbanding tahun lalu, penjualan kenderaan bermotor menjunam 32.4 peratus. Sebahagian besarnya disebabkan penjualan lebih tinggi pada Jun 2018, serta kuota COE lebih rendah pada Mei dan Julai 2019.

Berdasarkan perbandingan dari bulan ke bulan, penjualan kenderaan bermotor merosot 16.1 peratus berbanding bulan Mei.

Penjualan perabot dan perkakas rumah merosot 15.1 peratus, penjualan komputer dan perkakas telekomunikasi susut 7.7 peratus, manakala penjualan jam tangan dan barang kemas turun 4.8 peratus.

Bagaimanapun, penjualan barangan perubatan dan kelengkapan dandanan diri, serta industri pakaian & kasut kedua-duanya tumbuh 1.4 peratus.

INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN

Penjualan khidmat makanan dan minuman tumbuh 5.3 peratus pada Jun 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Berbanding bulan sebelumnya pula, ia meningkat 3.2 peratus.

Singstat menambah, nilai penjualan secara keseluruhan bagi khidmat F&B pada Jun tahun ini dianggarkan sekitar S$864 juta, berbanding S$820 juta pada Jun tahun lalu.

Berbanding setahun lalu, penjualan cawangan makanan segera tumbuh 10.6 peratus, sebahagiannya dipacu oleh pembukaan cawangan-cawangan baru oleh rangkaian makanan segera utama.

Katerer makanan, restoran dan tempat makan lain seperti kafe turut mencatat pertumbuhan pada hasil penjualannya antara 3.2 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Dari bulan ke bulan pula, restoran, katerer makanan dan tempat makan lain mencatat pertumbuhan penjualan sekitar 0.8 peratus hingga 6.9 peratus berbanding Mei 2019.

Bagaimanapun hasil penjualan cawangan makanan segera merosot 1.5 peratus berbanding bulan lalu.

Sumber : CNA/TQ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan